Didakwa tidak layak terima pencen, pesara guru diarah bayar RM48,600

SUWARTI menunjukkan sijil pendidikan yang pernah diterimanya sebelum bergelar guru di Jawa Tengah.-KOMPAS


SOLO: Seorang guru di sebuah sekolah rendah di Negeri 2 Jetis, Sragen, Jawa Tengah diarahkan memulangkan semula gaji yang diterimanya sejak dua tahun lalu, selepas difahamkan tidak pernah lagi mengajar dalam tempoh tersebut.

Lapor Kompas.com, Suwarti, 61, yang berasal dari Kampung Belimbing, Sambirejo sudah bersara dari profesion keguruan sejak Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, sehingga sekarang wanita itu belum menerima sijil persaraan rasmi.

Guru yang sudah berkhidmat selama 35 tahun itu memberitahu dia diarahkan memulangkan semula gaji yang diterima dua tahun lalu sebelum bersara berjumlah 160 juta rupiah (RM48,600).

Wanitu itu bahkan dimaklumkan tidak layak menerima wang pencen.

Tidak berpuas hati dengan nasib yang diterima, Suwarti mengajukan masalah tersebut kepada Agensi Pembangunan Sumber Manusia.

Namun, usaha tersebut menemukan jalan buntu apabila rekod data menunjukkan wanita itu adalah pendidik dan bukan seorang guru.

“Mereka kata saya memasuki profesion pendidikan bukan sebagai guru dan sebab itu saya dikatakan tidak layak bersara.

“Ini kerana saya tidak mempunyai sijil diploma dan ijazah berkaitan perguruan, tetapi saya mempunyai sijil pendidikan,” katanya.

Suwarti pernah bergraduasi dalam pendidikan agama atau setaraf dan tempoh kerjanya adalah sehingga berusia 58 tahun.

Tempoh kerjanya sebagai tenaga pendidik berkurang sebanyak tiga bulan daripada tempoh ditetapkan sebelum persaraan dan tidak memenuhi syarat penerimaan pencen.

“Saya diarah pulangkan duit dua tahun gaji yang diterima, sedangkan saya bekerja masa itu,” katanya.

 

Previous Post Next Post