SPM 2021 buktikan kaedah PdPR tidak gagal - Dr Anuar



PETALING JAYA: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang cemerlang membuktikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PPR) berhasil.

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Anuar Ahmad berkata, Gred Purata Nasional (GPN) menunjukkan pencapaian keseluruhan adalah baik walaupun ada sedikit penurunan berbanding 2020. 

Katanya, pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2021 menghadapi pelbagai cabaran dan perubahan pembelajaran tetapi masih berupaya menjadi cemerlang.

Sebagai perbandingan, tahun ini lebih baik berbanding keputusan 2017 dan 2018, malah secara dengan keputusan untuk 2019. Ini bermaksud, walaupun pelajar 2021 ini mengikuti sesi PPR sepenuhnya selama dua tahun mereka masih cemerlang.

Calon SPM 2021 ini juga adalah kohot pertama menggunakan kurikulum standard sekolah menengah (KSSM) yang baharu dan mereka juga adalah kumpulan yang berhadapan dengan 50 peratus soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Jika kita lihat kembali pada keputusan SPM 2017 dan 2018, pelajar daripada tahun berkenaan tidak menghadapi perubahan atau cabaran seperti pelajar tahun 2021. Malah, pelajar-pelajar tahun lepas masih mampu menangani keputusan dua tahun itu dan setanding dengan keputusan bagi tahun 2019, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Untuk rekod, seramai 9.696 calon SPM 2021 memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran dan membolehkan negara mencatat GPN 4.86.

 

Previous Post Next Post