Faizal Mohammad Arshad, Yang DiPertua PIBG SMK Cochrane |
Kuala Lumpur: Bukan luar biasa dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), jumlah penyertaan ibu bapa tidak menggalakkan. Malah sesudah tular mengenai yuran PIBG bukanlah wajib sebaliknya hanya sunbangan, ia turut menjejaskan kuti pan di sesetengah sekolah.
Hal ini menjelaskan terdapat sebahagian ibu bapa tidak berminat untuk mengambil tahu mengenai PIBG dan peranannya dalam menyokong kejayaan anak secara menyeluruh.
Namun, sebagai sebuah persatuan yang menjalin kerjasama baik dengan guru dan sekolah, hal itu tidak membantutkan peranan PIBG untuk terus bergerak sedaya termampu.
Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cochrane, Faizal Mohammad Arshad, berkata ramai orang maklum sumbangan PIBG sebenarnya diharapkan untuk memastikan semangat sukarelawan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa bagi menyokong keberhasi. lan murid secara holistik.
Justeru tiada akta atau undang-undang akan dikenakan jika gagal membayar sumbangan PIBG.
"Namun ia adalah tanggung jawab kita sebagai ibu bapa untuk memberi sokongan penuh kepada anak-anak di sepanjang sesi per sekolahan.
"Sumbangan PIBG juga adalah mengikut kemampuan ibu bapa seperti yang dipersetujui pada mesyuarat di sekolah masing-masing. Ia termasuk cara bayaran, hendak dibuat secara ansuran atau bagi golongan kurang mam. pu pasti akan ada jalan penyelesaian diberikan.
"Ia bukan satu mandatori atau bersifat kejam. Kita juga melihat aspek kemampuan ibu bapa dan masih boleh berbincang," katanya.
Memantapkan empat aspek pembangunan pelajar
Malah tegas Faizal, sumbangan juga bukan sekadar wang ringgit sebaliknya aspek profesionalisme, kepakaran dan juga minat juga digalakkan.
Katanya, dari segi peraturan yang termaktub dalam garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri menjelaskan sumbangan PIBG itu bukanlah satu kewajipan. Bagaimanapun, dalam situasi semasa bagi memartabatkan pernbabitan ibu bapa melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia anjakan ke-sembilan, maka ibu bapa juga berkewajipan untuk menyediakan platform terbaik untuk anak-anak di sekolah.
"Ini termasuklah sumbangan PIBG yang digunakan bagi memantapkan empat aspek pembangunan iaitu akademik, sahsiah dan nilai anak-anak, kokurikulum kelab/persatuan dan infrastruktur
"Sebab itu, sumbangan PIBG ini diguna pakai untuk menambah baik keempat-empat aspek ini," katanya.
Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, PIBG ditubuhkan di semua sekolah kerajaan bertujuan mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru, yang diharapkan dapat membina ke. sefahamanan mengenai tugas dan tanggungjawab bersama serta usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah.
Ia juga bertujuan memperting. katkan kerjasama dan perkong. sian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. Selain itu PIBG juga bersifat 'saling lengkap melengkapi terhadap fungsi KPM dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru di sekolah.
Tegas Faizal, zaman menghan tar anak hingga ke pagar sekolah sudah berlalu sebaliknya hari ini ibu bapa perlu terbabit secara langsung dalam pembelajaran mereka menerusi PIBG
Hal ini disebabkan pembangunan pendidikan bukan hanya melihat kepada kejayaan inurid dari segi akademik tetapi juga sisi lain termasuk kepimpinan, kemahiran komunikasi dan bersukan.
Perlu aktif
Faizal berkata, PIBG adalah elemen sokongan terpenting di sekolah dan pembabitan ibu bapa bergantung sejauh mana aktifnya
mastikan pelbagai program dijalankan.
"Atas sebab itu PIBG perlu aktif melaksanakan program berimpak tinggi untuk keberhasilan murid kerana dari sini, ibu bapa melihat proses peralihan yang dijalankan memberi kesan positif kepada anak mereka.
"Selain itu, melalui program yang dijalankan ibu bapa juga ber peluang masuk ke sekolah melihat segala peralihan sama ada kemenjadian murid malah infrastruktur sekolah itu sendiri," katanya.
Bagaimanapun kata Faizal, perlu diakui, ada kala faktor 'tidak boleh menyalahkan ibu bapa jika kurang terbabit dengan segala pro gram atau mesyuarat PIBG sendiri disebabkan kurangnya promosi.
Justeru itu, pihak berkaitan perlu berusaha menghebahkan mesyuarat PIBG diadakan sebagai satu daripada aktiviti wajib yang perlu dihadiri kerana melalui pembabitan golongan ini boleh bersuara untuk anak-anak kita.
"Kita lihat di hampir 10,200 buah sekolah seluruh negara, be rapa banyak yang membuat publisiti mengenai pelbagai aktiviti berimpak tinggi membabitkan ibu bapa?
"Diharapkan situasi kini negara dalam fasa peralihan endemik, pembabitan ibu bapa akan jadi lebih baik," katanya.
Dasar buka pintu
Beliau yang juga Ahli Penglibatan Ibu Bapa Komuniti Dan Swasta (PIBKS) Bangsar Pudu, berkata ibu bapa mengambil langkah sen. tiasa bekerjasama dengan PIBG dan terbabit secara langsung aktiviti sekolah.
"Untuk mendapatkan maklumat aktiviti. ibu bapa juga memainkan peranan untuk bertanyakan kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) melalui kumpulan sembang di aplikasi Telegram atau WhatsApp supaya PIBG sekolah terus aktif.
"Maknanya di sini, perlu ada komunikasi yang berkesan supaya ia dapat mengaktifkan lagi pembabitan ibu bapa di sekolah. Namun dalam masa sama, guru besar atau pengetua selaku penasihat PIBG sekolah perlu memastikan dasar 'buka pintu' ini
dilaksanakan. - "Namun ibu bapa hanya bertanggungjawab untuk membantu berkenaan sokongan terhadap pembangunan holistik anak-anak dan mereka tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran, polisi dan dasar yang sudah ditetapkan KPM.
"Tujuan kita ke sekolah ada. lah untuk menyokong bukannya menjadi badan penentang ataupun membuat aduan kepada perkara yang tidak betul. Ibu bapa boleh mencadangkan kepada pihak sekolah apakah tindakan yang boleh dilaksanakan," katanya.