Muat Turun Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Edisi 2

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang berkualiti dapat menentukan kemenjadian murid seperti yang dihasratkan. 

Dengan pelaksanaan PBD yang berkesan, guru dapat mengumpul maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid dalam proses pembelajaran mereka dan seterusnya meningkat pencapaian murid secara keseluruhan. 

Terbitan yang terdahulu berhasrat untuk membantu guru dalam melaksanakan PBD, di samping memberi idea kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah pentaksiran serta kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan. 

Panduan Pelaksanaan PBD Edisi Ke-2 ini telah dikemaskini dengan maklumat yang terkini. 

Bab 6 yang berkaitan PBD Berasaskan Projek telah ditambah untuk menerangkan cara mentaksir projek bersama rubrik yang dibangunkan. 

Bab 8 yang berkaitan Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah memberi penerangan tentang pengurusan PBD di sekolah supaya pelaksanaan PBD lebih berkesan dan berkualiti. 

Selain itu, penerangan tentang Templat PBD Tahap 1 juga disisipkan dalam Bab 3 dan penerangan tentang Penjaminan Kualiti Pentaksiran Bilik Darjah juga ditambah baik dalam Bab 5.

Muat Turun: Panduan Pelaksanaan PBD Edisi 2, 2019


Previous Post Next Post