Mansuh PT3: Tekanan guru dan murid dapat dikurangkan - NUTP

Imej hiasan

Kuala Lumpur: Pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan digantikan dengan Penambahbaikan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pentaksiran Sumatif akan mengurangkan tekanan kepada guru dan pelajar terhadap penumpuan, pada pencapaian akademik berasaskan peperiksaan awam. 

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang, berkata proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada peringkat menengah rendah akan dapat dijalankan dengan lancar melalui Dokumen Standard Kurikulun Pentaksiran dan perancangan tahunan setiap mata pelajaran yang sudah ditetapkan. 

Sambil menyokong penuh keputusan kementerian itu, Aminuddin berkata, persekolahan yang tidak terlalu bertumpu ke pada peperiksaan dapat membentuk generasi yang seimbang, seperti mana kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

"Seperti yang berlaku sebelum ini. sistem pentaksiran persekolahan-berteraskan peperiksaan sedikit sebanyak menghalang kecapaian falsafah pendidikan ini. 

"Majoriti murid, ibu bapa dan pendidik diprogramkan untuk membangunkan secara spesifik domain intelek sahaja.

"Manakala domain emosi, rohani dan sosial, intelek diketepikan kerana fokus pencapaian pelajar ialah secara bertulis ketika menjawab soalan," katanya. 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin semalam mengumumkan pemansuhan PT3 mulai tahun ini dan digantikan dengan Penambahbaikan PBD Pentaksiran Sumatif. 

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, langkah itu juga membolehkan PBD terus diperkasakan dan akhirnya mencapai matlamat yang digariskan. 

"Bagi pelajar Tingkatan Tiga yang ingin ke Tingkatan Empat atau ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mereka boleh dinilai melalui tiga komponen utama iaitu PBD, Pentaksiran Psikometrik (PPSI) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) seperti sebelum ini selain menduduki peperiksaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)," katanya. 

Sementara itu, tokoh pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata orang ramai terutama ibu bapa dan pelajar perlu melihat impak positif pemansuhan PT3 itu, termasuk tidak bergantung pada pencapaian berdasarkan peperiksaan semata-mata. 

Beliau berkata, pemansuhan pentaksiran itu juga dilihat memberi kelebihan kepada penilaian sepanjang masa seseorang murid sepanjang sesi persekolahan. 

Katanya, ia menggalakkan ke. pada keberhasilan pelajar yang tidak hanya bergantung pada musim peperiksaan sebaliknya pencapaian mereka dapat dinilai sepanjang tahun melalui PBD. 

"Negara maju seperti Finland dan negara Barat lain melahirkan generasi densan tidak berpantune peperiksun semata-mata. 

"Sudah tentu KPM mengambil kira pandangan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing melalui satu libat urus atau perjumpaan khusus membincangkan perkara ini," katanya.

 

Previous Post Next Post