KPM lanjut pengecualian sewa kantin hingga hujung tahun

Imej hiasan


PUTRAJAYA - Pengecualian sewaan premis di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilanjutkan lagi bagi tempoh enam bulan bermula 1 Julai ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, lanjutan tempoh tersebut bertujuan untuk membantu pengusaha kantin dan penyewa premis yang sedang dalam proses pemulihan selepas pandemik Covid-19. 

"Dua tahun yang lalu merupakan satu tempoh yang amat sukar bagi pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah KPM, dengan mengambil kira situasi semasa kementerian melanjutkan pengecualian sewaan bermula 1 Julai sehingga 31 Disember depan," katanya menerusi rakaman video pada Selasa.
Previous Post Next Post