Ani Maiyuni pegang amanah Adibah Noor tidak heboh pada orang


Kuala Lumpur: "Maaf kami terpaksa rahsiakan sebab sebelum ini Kak Dib (Adibah) ada beritahu saya dan beberapa rakan dalam Gegar Vaganza," kata penyanyi Ani Maiyuni mengulas kematian penyanyi dan pelakon Adibah Noor petang tadi. 

Menurutnya, dia perlu memegang amanah Allahyarham agar tidak menghebohkan perkara ini kepada orang lain. 

"Saya tak boleh bercerita kepada semua orang berkenaan penderitaan arwah. Dia sakit selepas habis GV dan semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mulamula demam on and off. 

"Selepas itu lama dia warded dan kenapa dia tak keluar-keluar kita ingatkan Covid. 

"Bila saya tanya dia secara peribadi baru dia beritahu yang dia dapat tahu yang dia ada kanser dan baru lepas pembedahan masa itu," katanya. 

Ani Maiyuni berkata, Adibah juga kena berpantang dan kena rehat serta tidak mahu menerima mana-mana tetamu lagi. 

"Yang orang nampak dia kurus adalah show pertama selepas rehat," katanya. 

Finalis Gegar Vaganza musim kelapan itu meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang petang tadi akibat kanser ovari tahap empat.

 

Previous Post Next Post