4 kesilapan pentadbir ketika 'memuji' guru

Sebagai pentadbir, kita mesti puji guru kita. 

Kata-kata pujian penting sebagai alat mendorong semangat kerja mereka. 

Ini panduan yang diberikan oleh pakar-pakar komunikasi interpersonal apabila mengucapkan kata-kata pujian: 

1. Jangan bercakap menggunakan “ayat saya”. 

Kesan negatif memberi komplimen menggunakan ayat saya: 

i. Ayat saya adalah ayat yang mengangkat diri sendiri. Kononnya kita hendak memuji pekerja kita itu, tetapi kita tidak perasan bahawa kita sedang mengangkat diri sendiri. 

ii. Ayat saya adalah ayat yang meletakkan diri kita pada kedudukan lebih tinggi, lebih besar, lebih penting, lebih pintar dibandingkan dengan diri pekerja itu. 

  • “Saya suka cara kamu buat kerja.” (SALAH) 
  • “Bagusnya cara kamu buat kerja.” (BETUL)

  • “Saya nak ucapkan terima kasih.” (SALAH) 
  • “Terima kasih banyak-banyak.” (BETUL) 

  • “Saya takkan lupa jasa kamu.” (SALAH) 
  • “Jasa kamu takkan dilupakan.” (BETUL) 

 2. Jangan mengulang-ulang kata-kata komplimen yang sama. 

Ia mencairkankan kesan positif komplimen itu. 

Pujian yang sama dan diulang-ulang dianggap tidak ikhlas, tidak datang dari lubuk hati, ia dilafazkan sebagai suatu habit kebiasaan. 

3. Kata-kata pujian itu jangan terlalu umum. 

  • “Bagusnya cara kamu buat kerja.” (UMUM) 
  • “Bagusnya cara kamu susun kerusi.” (SPESIFIK) 

4. Apabila kita hendak membuat hati orang berbunga-bunga, jangan pula pada masa yang sama kita merendah-rendahkan diri sendiri. 

Mereka tidak seronok, dan mereka rasa macam tak kena saja, rasa serba-salah. 

Sebagai pentadbir di sekolah, kita mesti berikan kata-kata komplimen menggunakan teknik yang betul. Baru kesan positifnya cepat muncul.

Diolah daripada penulisan asal Puan Ainon Mohd

Previous Post Next Post