Siang Pergi Sekolah, Malam Jaga Anak...


Perkahwinan merupakan satu ikatan suci dan menjadi satu tanggungjawab sekiranya kita berkemampuan. Namun jodoh itu tidak mengenal usia, jika sudah sampai masanya, tiada apa yang dapat ditolak oleh kedua-dua pasangan. 

Pagi pergi sekolah 

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang gadis dikenali sebagai Leaarissa di TikTok, berkongsi kisah hidupnya yang berbeza daripada pelajar biasa. 

Difahamkan, gadis ini berusia 17 tahun dan dalam masa yang sama merupakan seorang ibu kepada cahaya mata perempuannya iaitu Azzalea Arissa. 

Di dalam video berkenaan turut kelihatan pengorbanan seorang ibu yang berasal dari Sarawak itu dilihat sedang tidur di dalam kelas manakala pada belah malam pula terpaksa berjaga demi menjaga cahaya mata sulungnya yang baru berusia tiga bulan itu. 

Apabila kau jadi ibu terlalu awal. 

Muka matang dan ada anak. Bila cakap umur 17 tahun semua terkejut.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 12 saat itu meraih lebih 875 ribu tontonan dan mendapat lebih 79 ribu tanda suka di TikTok 

Malam jaga anak

 

@leaarissaa when you become a mother too early 🤭 #fypã‚· #mamamuda ♬ Chạy ngay Ä‘i _ SÆ¡n Tùng MTP - dhn
@leaarissaa dari satu jadi tiga ❤️ selamat hari raya gaissss 🥰 #fypã‚· #efwepe #minime #foryoupage #mamamuda ♬ suara asli - gabut woi
@leaarissaa sayang ibu ayah #CapCut #sarawaktiktok #fypã‚· #babysoftikok ♬ Im Dying Inside Remix - Tik Toker
Previous Post Next Post