Penulis pernah ditanya di manakah kedudukan skim perkhidmatan perguruan jika dibandingkan perkhidmatan lain dalam sektor awam?
Jawapannya jika dari segi kenaikan pangkat, skim perguruan masih berada di tangga teratas. Secara amnya mungkin paling atas ialah skim pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang menjadi jentera utama pentadbiran negara, diikuti skim perkhidmatan pegawai perubatan dan farmasi.
Pemilihan untuk memasuki perkhidmatan PTD sangat ketat. Selain mendapat keputusan cemerlang dalam akademik, mereka juga perlu memiliki sahsiah dan penampilan diri baik. Calon dikehendaki hadir beberapa siri temu duga, selain ujian bertulis dan diikuti latihan fizikal di lapangan.
Mereka yang berjaya akan ditempatkan dalam pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan sama ada peringkat Persekutuan atau negeri.
Pegawai memasuki skim diplomatik pula akan bertugas di Wisma Putra dan ditempatkan di kedutaan negara di seluruh dunia. Sebagai pegawai diplomatik, cabaran tugas sangat besar dan terpaksa meninggalkan negara pada waktu lama.
Sementara itu, skim perkhidmatan perubatan dan farmasi merangkumi doktor dan ahli farmasi. Bagi bergelar doktor mengambil masa sesi pengajian lama. Bagi yang belajar di universiti swasta, mereka perlu membelanjakan hampir RM500,000 untuk yuran pengajian sahaja. Sudah tentu jumlahnya lebih besar jika belajar di luar negara kerana tambang penerbangan dan tempat penginapan.
Tugas sebagai doktor tidak mudah. Setiap hari di hospital atau klinik ramai pesakit luar berbaris memerlukan rawatan. Tidak ada masa untuk berbual dengan rakan atau membaca akhbar.
Belum lagi dikira mereka bertugas di bilik kecemasan atau pembedahan. Ada ketikanya terpaksa melupakan waktu minum atau rehat demi untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
Hakikatnya, skim perkhidmatan perguruan juga terbaik terutama dari segi kenaikan pangkat. Bagi memasuki skim ini tidak mudah, difahamkan setiap tahun ratusan ribu anak muda keluaran institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara memohon untuk menjadi guru.
Tapisan ketat juga dikenakan dengan hanya mendapat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) baik akan disenarai pendek.
Peluang kenaikan pangkat menggambarkan keprihatinan kerajaan terhadap sumbangan besar guru dalam mendidik anak bangsa
Selanjutnya mereka dikehendaki menduduki ujian kecenderungan Ujian Calon Guru Malaysia (MTesT). Hanya calon mendapat markah melepasi had ditetapkan dipanggil temu duga.
Sesungguhnya yang terpilih menjadi guru adalah dalam kalangan cemerlang kerana berjaya mengatasi tiga halangan besar itu. Oleh itu, individu terpilih menjadi guru perlu bersyukur jika dibandingkan ratusan ribu lagi calon lain tidak berjaya dalam permohonan.
Guru terpilih ini dihantar sama ada di sekolah rendah atau menengah di seluruh negara. Tugas sebagai guru boleh dianggap 'bertugas untuk negara.' Ada antara mereka dihantar jauh daripada kampung halaman. Tidak kurang ditempatkan di pedalaman dan pulau kecil yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti jalan raya, elektrik atau bekalan air paip.
Guru baharu atau novice yang memasuki skim perkhidmatan perguruan ini diletakkan dalam gred DG41. Sebelum disahkan dalam jawatan, mereka perlu mencapai tahap prestasi ditetapkan dan menghadiri Program Transformasi Minda diten. tukan ketua jabatan. Tempoh percubaan antara satu hingga tiga tahun
Terdapat tiga saluran kenaikan pangkat ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), iaitu melalui saluran biasa bagi mengisi kekosongan jawatan, time-based dan guru/pengetua cemerlang. Kekosongan jawatan sering berlaku apabila ada pegawai bersara, bertukar atau naik pangkat.
Jawatan berkenaan bukan sahaja terdapat di sekolah, bahkan di kementerian, jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah.
Misalnya bagi sekolah menengah gred A, jawatan pengetua adalah gred DGS2, lima jawatan penolong kanan gred DG48 (termasuk penyelia petang dan penyelia Tingkatan 6). Guru mempunyai kekananan dan prestasi baik, berpeluang naik pangkat untuk ditempatkan mengisi jawatan terbabit.
Kedua, kenaikan pangkat melalui time-based, iaitu tidak perlu bertukar tempat kerja. Misalnya bagi guru gred DG44 akan dinaikkan ke DG48 mencapai tahap prestasi ditetapkan, disokong ketua jabatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya lapan tahun di gred DG44.
Ketiga, kenaikan pangkat melalui skim guru/pe. ngetua cemerlang. Mereka benar-benar cemerlang dan diperakukan ketua jabatan boleh dinaikkan pangkat melalui fast track hingga ke jawatan tertinggi JUSA C.
Justeru, peluang kenaikan pangkat menggambarkan keprihatinan kerajaan terhadap sumbangan besar guru dalam mendidik anak bangsa.
Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, Bekas Ketua Pengarah Pendidikan