PGB tak boleh halang guru mohon pertukaran - Radzi Jidin


PETALING JAYA: Menteri Pendidikan, Radzi Jidin berkata, guru boleh membuat permohonan pertukaran sepanjang tahun susulan garis panduan baharu yang dikeluarkan kementeriannya. 

Berdasarkan garis panduan baharu bagi menggantikan garis panduan sedia ada yang dikeluarkan pada 1975, katanya, pengumuman pertukaran guru turut diubah kepada empat kali setahun berbanding dua kali sebelum ini. 

“Sebelum ini, permohonan pertukaran juga memerlukan kelulusan guru besar atau pengetua, tetapi kini guru atau pengetua hanya dibenarkan memberi ulasan, tidak boleh menghalang pertukaran guru-guru. 

“Justeru, perkara ini juga memberi peluang kepada semua guru, termasuk yang cemerlang untuk bergerak dari satu sekolah ke sekolah yang lain untuk menyumbang bakti,” katanya menurut laporan Berita Harian. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali Ke-51 yang bertemakan “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera” di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok hari ini. 

Tahun lalu katanya, 55% daripada keseluruhan permohonan pertukaran guru diluluskan oleh kerajaan.

 

Previous Post Next Post