Murid tingkatan dua patah pinggang jatuh jejantas sekolah

MURID tingkatan dua terjatuh dari jejantas yang menghubungan dua blok akademik di sekolahnya di Kemaman, hari ini.


KEMAMAN: Seorang murid tingkatan dua patah bahagian pinggang akibat terjatuh dari jejantas setinggi kira-kira 10 meter di sekolahnya di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang berusia 14 tahun melalui jejantas berkenaan selepas selesai mengikuti sesi bacaan Yasin.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kemudahan jejantas itu merupakan laluan warga sekolah untuk ke blok akademik yang terletak di seberang jalan.

“Mangsa yang terjatuh ke jalan raya segera dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan.

“Siasatan terperinci masih dilakukan dan kita meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi pemberita. – UTUSAN

 

Previous Post Next Post