Kreativiti guru jadikan sesi pembelajaran menyeronokkan

Imej hiasan

Pada waktu kebiasaan seorang pelajar menghabiskan 180 hari dalam setahun untuk ke sekolah. Ia adalah rutin yang berterusan hingga mereka menamatkan persekolahan.

Mereka tentu sahaja ada yang berasa bosan dengan rutin ini, justeru peranan seorang gurU sebenarnya sangat besar dan memberi impak luar biasa kepada mereka,

Namun tidak semua guru mampu memainkan peranan berkenaan. Walaupun menikmati kelas dengan guru yang berkebolehan tinggi menarik minat murid, namun ia bukan bahagian penting bagi pelaksanaan sistem persekolahan, tetapi bo. leh dianggap bonus jika mereka memperoleh peluang demikian.

Tidak dinafikan, ada sesetengah guru yang kurang memberi kesan bermakna kepada anak didik. Mungkin ia disebabkan pelbagai faktor yang mungkin tiada kaitan pun dengan murid itu, tetapi sebaliknya disebabkan kemahiran guru itu sendiri.
Sebenarnya kerjaya sebagai seorang guru bukan lah pekerjaan yang mampu dibuat oleh semua orang. 

Hanya sesetengah orang, misalnya mereka yang tekun dan sabar sahaja mampu melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna, membantu menyeriakan kanak-kanak untuk menjadi orang dewasa yang baik sekali gus memberi kesan kepada pembentukan kehidupan lebih ramai individu.

Menjadi seorang guru adalah pekerjaan orang dewasa yang ingin menjadi profesional, tetapi apa perlu mereka hadapi adalah sekumpulan anak muda tercari-cari identiti diri. Jadi, mereka masih memerlukan bimbingan dalam hal ini.

Setiap sekolah mungkin mahu mempunyai guru terbaik yang mampu meningkatkan skor markah ujian, namun adakala cikgu sebegitu tidak pun mempunyai hubungan kuat dengan pelajar mereka. Sebaliknya mungkin seorang guru yang sederhana memiliki ikatan lebih mesra dan handal menangani ragam murid.

Satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Education Finance and Policy, menyatakan bahawa guru yang pandai meningkatkan kemahiran Matematik umumnya melakukannya dengan kaedah kurang berkesan, iaitu membuatkan pelajar kurang gembira atau tidak berminat untuk terbabit dalam kelas.

Menurut Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat, mempunyai guru berkelayakan tinggi antara perkara paling penting untuk membantu pelajar berjaya di sekolah menengah.

Apatah lagi jika sekolah berkenaan mempunyai standard yang tinggi. Guru dengan ilmu yang tinggi dan bijak memang sangat penting, tetapi bagi seorang pelajar, mereka akan lebih berminat dengan tenaga pengajar berperibadi tinggi dan benar-benar tahu bagaimana mengendalikan murid serta berhubung dengan mereka.

Kalau ditanya kepada murid, apakah ciri guru yang mereka kategorikan sebagai cikgu yang baik, pastinya ramai berpendapat dan menyokong individu itu tentulah yang sentiasa ada untuk pelajarnya, membimbing dan membantu dengan kae. dah pengajarannya yang membuat mereka mudah faham, suasana kelas harmoni dan menyeronokkan. Pendekatan yang sebegitu membantu mereka berasa seronok belajar sesuatu subjek yang sebelum ini dianggap sukar.

Sebenarnya, apabila memilih menjadi guru pastikan bersikap dengan betul. Jadilah guru yang neksibel, memberi tunjuk ajar berkesan dan jika belajar perlu menyiapkan projek, bantu mereka memperoleh pengalaman yang lebih baik. Malah, bantu mereka menjalani sesi pembelajaran dalam keadaan menyeronokkan.

Guru yang baik akan cuba menghasilkan perkara yang pelajar suka dan mampu lakukan, dengan garis panduan utama adalah sikap fleksibel. Misalnya, jika pelajar datang kepada guru dengan idea yang lebih baik atau kreatif, mereka lebih bersedia untuk menukar garis panduan projek asalkan tujuan atau objektif projek itu dipenuhi. Namun teras utamanya, hubungan guru dan murid seharusnya saling menghormati antara satu sama lain.

Umumnya murid akan hilang rasa hormat kepada guru apabila pertanyaan mereka diabaikan, sikap berat sebelah atau memperlekehkan mereka dengan cara tidak sepatutnya. Walaupun perwatakan setiap murid itu berbeza, tetapi hampir semua mereka bertindak balas secara positif terhadap persekitaran bilik darjah yang menarik ketika belajar.

Selain itu, jika kita perhatikan murid memang mudah tertarik dengan guru yang kelakar dan kaedah mengajar yang unik. Hal ini menjelaskan, keperibadian guru adalah titik paling menonjol dalam pengajaran. Namun, masih terdapat garis panduan yang sangat halus antara bersikap mesra dan bersikap profesional dalam persekitaran tem pat guru bekerja,

Cikgu Azizi
Bekas Guru
Berita Harian

 

Previous Post Next Post