Kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand Foot Mouth Disease, HFMD) kini dilaporkan sedang meningkat dengan ketara di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 22,463 kes HFMD telah dilaporkan di seluruh negara pada Minggu Epid 17/2022 dengan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor merekodkan angka tertinggi.
Walaupun HFMD lazimnya berlaku di kalangan kanak-kanak, ramai yang tidak sedar ianya juga boleh merebak dan menjangkiti golongan dewasa lebih-lebih lagi semasa sesi beramah mesra bersama sanak saudara dan keluarga sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang telah berakhir baru-baru ini.
Penularan HFMD juga dijangka akan terus meningkat selepas orang ramai mula bekerja dan kanak-kanak akan memulakan sesi pembelajaran di sekolah atau dihantar ke tadika dan pusat asuhan masing-masing.
Bagi menyedarkan orang ramai mengenai penyakit yang membimbangkan ini, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan telah berkongsi info mengenai HFMD di laman Facebooknya berikut.
Selepas Hari Raya Aidilfitri ni, ramai ibu bapa bawa anak kecil datang ke klinik dengan ruam dan demam. Bila saya periksa, rupanya Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD).
HFMD disebabkan oleh virus dan merebak dari individu ke individu dengan sentuhan langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.
Hari Raya kali ni, ramai orang pulang ke kampung berkumpul bersama sanak saudara. Mungkin itu menyebabkan penularannya. HFMD mudah menjangkiti kanak-kanak yang ditempatkan bersama.
Semua peringkat umur termasuk orang dewasa boleh dijangkiti HFMD, namun kanak-kanak di bawah umur bawah 5 tahun paling berisiko dijangkiti.
Tanda-tanda:
◾Demam
◾Ruam di mulut, tangan, kaki dan kawasan lampin
◾Ulser pada tekak, mulut dan lidah
◾Sakit Tekak
◾Sakit kepala
◾Hilang selera makan
Rawatan:
◾Beri paracetamol untuk kawal demam
◾Pastikan anak minum dengan cukup
◾Jika anak tidak mahu makan atau minum, dan terlalu lemah, bawa anak berjumpa doktor segera
Pencegahan:
◾Cuci tangan dengan sabun sebelum sediakan makanan, selepas keluar tandas, menukar lampin dan mencuci najis.
◾Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin. Buang tisu dalam tong bertutup.
◾Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
◾Tidak berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
◾Anak yang disyaki HFMD hendaklah dikuarantin dan tidak di hantar ke taska/tadika/asuhan/sekolah, atau ke tempat awam.
Semoga bermanfaat! Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Kesihatan dan Perubatan