Apabila menjelang bulan puasa, tiada lagi geng yang famous selain ‘geng plastik hitam’ yang mana merupakan geng yang ponteng puasa dan membeli makanan pada waktu siang secara senyap-senyap malah menyorokkannya di dalam plastik hitam.
Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan telatah comel sekumpulan kanak-kanak yang lari membawa makanan di dalam plastik merah telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mohamedaisyah kelihatan kanak-kanak tersebut baru sahaja pulang daripada pra sekolah.
Namun apa yang melucukan adalah kanak-kanak tersebut kelihatan berlari seolah-olah melakukan kesalahan sambil memegang satu platik merah yang berisi makanan dan ada juga yang menyembunyikan plastik tersebut di belakang badan mereka.
Video yang tular di laman TikTok:
@mohamedaisyah Sekolah sekerat Hari pon dapat makanan 🤣 #prasekolah #gangplastichitam #gangplasticmerah ♬ Cuddle - Oneul
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat mereka yang malu-malu kerana tidak berpuasa dan membawa makanan tersebut.
Ada juga yang berpendapat bahawa mereka masih muda dan perlu belajar berpuasa secara perlahan-lahan dan tidak boleh mendesak mereka untuk berpuasa kerana risau mendatangkan mudarat kepada mereka.
Berikut merupakan komen warga maya:
“nanti besar sikit boleh belajar puasa dah. selagi belum akilbaligh jangan dipaksa. biar dia lalui zaman kanak2 sampai puas..”
“anak buah saya dapat terus buka minum.. bila tanya asal tak puasa, cikgu yang bagi roti dengan air kotak.. takkan nak buang…”
“lagu dengan lari ngam comel habis”
“Ustazzzzzz tengok adik nii”
“geng yak yak yeay junior ke ni..”