Tegur murid buat isyarat lucah di sekolah, ibu ingatkan guru bapanya seorang komando

Satu perkongsian oleh seorang guru di dalam akaun Facebooknya, Bekam Hilal AlChepori mengenai seorang ibu yang mempertahankan tindakan anaknya yang ditegur akibat menunjukkan isyarat lucah ketika di sekolah.

Menurut guru berkenaan, beliau baharu sahaja dilantik menjadi guru kelas di sekolah tersebut. Kelas tersebut merupakan kelas murid Tahun 5.

"Dalam kelas aku ada few classroom rules yang aku sentiasa ingatkan budak. Antaranya ialah no bully and no name calling (tiada buli dan ejek mengejek)," katanya.

Beliau berkata, di dalam kelasnya terdapat seorang murid yang dikenali sebagai A. Menurutnya lagi, A agak nakal berbanding rakan-rakannya yang lain.

"So, semalam, ada budak ni, aku panggil A je. A hantar surat mengejek budak perempuan dan dia kutuk kawan dia yang India dengan warna hitam. 

Aku marah la dan aku pun inform kepada mak dia bahawa anak dia ni selalu kacau budak perempuan dan buli rakan yang lain via whatsapp. 

Mintak kerjasama untuk tegur anak sebelum aku ambil tindakan sewajarnya. Then hari ni, anak dia buat hal lagi. Buat isyarat lucah dan pukul budak perempuan guna batang besi bulu ayam yang guna utk cuci habuk tingkap," katanya lagi.

Guru berkenaan mengambil tindakan dengan menghubungi ibu kepada murid A berkenaan untuk memaklumkan kejadian tersebut. Beliau menasihatkan ibu murid tersebut supaya menegur anaknya ketika di rumah dan cuba mengelak seboleh-bolehnya untuk tidak memasukkan rekod disiplin anaknya itu ke dalam sistem.

"Then, aku ingatkan dah settle. No. I was wrong. 

"Mak A mintak nama penuh dan alamat budak tu. Aku tak bagi sebab tu private info. Then, dia sedaya upaya memenangkan anaknya dan gertak aku guna suami dia," katanya lagi.

Guru berkenaan turut berkongsikan tangkap layar perbualan beliau dengan ibu murid tersebut.






Guru berkenaan memaklumkan akhirnya ibu murid tersebut akhirnya mengalah dipenghujung mesejnya dan berjanji akan menegur anaknya untuk tidak menimbulkan masalah di sekolah pada masa hadapan.

Beliau berkata, tujuan beliau memuatnaik rentetan kisah ini adalah sebagai peringatan kepada dirinya dan semua yang membaca, tidak kisahlah apa jawatan sekalipun, janganlah disalah guna dan janganlah terlalu manjakan anak sehingga tidak boleh ditegur

Sumber: Bekam Hilal AlCHepori

Previous Post Next Post