Perkara tersebut dimaklumkan di dalam Garis Panduan Aktiviti Bulan Ramadan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
“Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan institusi pendidikan bawah KPM bagi pengoperasian sepanjang bulan Ramadan.
“Garis panduan ini juga perlu dibaca bersama-sama Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0, Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi 3.0, ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri berkaitan aktiviti ihya' Ramadan, surat pekeliling ikhtisas, surat siaran, arahan dan peraturan yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh KPM, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Muat Turun: Garis Panduan Aktiviti Bulan Ramadan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.