PUTRAJAYA - Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin hari ini memaklumkan ke semua sekolah yang masih menggunakan penggiliran akan dibenarkan hadir ke sekolah seperti biasa bermula pertengahan April ini.
Beliau berkata demikian dalam satu rakaman video yang dimuatnaik di Facebooknya petang tadi.
“Sekolah Kumpulan A akan memulakan sesi persekolah tanpa penggiliran bermula 17 April manakala Kumpulan B pada 18 April 2022 ini,” katanya.