Kecoh guru rancak buat ‘live’ Tik Tok ketika mengajar di kelas

Tangkap layar video siaran langsung yang dibuat oleh seorang guru di media sosial sambil mengajar anak muridnya di dalam kelas.


PETALING JAYA – Tindakan seorang guru yang mengajar di dalam kelas sambil membuat rakaman siaran langsung di media sosial telah menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai. 

Pagi tadi, kecoh di Twitter mengenai ciapan seorang pengguna, Tai Tai berkongsi tangkap layar yang diambil sewaktu mengikuti sesi ‘live’ seorang guru dan dapat dilihat ketika itu guru tersebut sedang mengajar di dalam kelas. 

Katanya, setelah dia meninggalkan komen bagi menegur tindakan guru berkenaan, akhirnya guru tersebut bertindak menyekat akuannya daripada terus mengikuti siaran langsung itu. 

“Mak ayah setuju ke cikgu mengajar sambil ‘live’, bila saya komen di video, terus kena sekat,” ciapnya. 

Sementara itu, perkongsian tersebut turut membangkitkan kemarahan sesetengah pihak lebih-lebih lagi golongan ibu bapa kerana mereka dilihat mempersoalkan etika seorang guru serta risau akan keberkesanan ilmu yang disampaikan. 

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi negatif diberikan oleh orang ramai yang rata-ratanya kurang setuju dengan tindakan golongan pendidik yang gemar membuat sesi siaran langsung sewaktu mengajar di dalam kelas. 

Lebih membimbangkan adalah guru-guru ini dikatakan terlalu mengutamakan konten video di media sosial serta jumlah penonton yang mengikuti siaran langsung mereka berbanding tumpuan terhadap anak didik sendiri. 

“Cikgu mengajar dalam kelas sambil buat ‘live’, pelajar dah di dalam kelas depan mata, jadi rakaman itu untuk siapa pula, ini etika seorang guru ke, boleh beri pencerahan kepada kami,” komen seorang pengguna. 

“Adakah pihak kementerian pendidikan membenarkan seorang guru itu rancak membuat ‘Facebook Live’ kongsi situasi ketika mengajar di dalam kelas, dan ramai guru yang buat macam ini, siap sibuk minta penonton kongsi ‘live’ mereka, mana fokus untuk mengajar,” soal pengguna lain.

 

1 Comments

  1. Negatif sungguh pandangan org2 kita ni....buat live mengajar pun disalaherti juga... Kl buruk pemikiran kita.. Maka buruk lah jadinya... Sering persoalkan etika guru... Tidak pula persoalkan parents yg abaikan pendidikan di rumah? Parents yg rancak main tiktok adkah mrk tidak abaikan anak2 di rumah... Msyrkat kita suka sgt cari keburukan org... Live "mengajar" itu perbuatan mengajar. Lainla kl live "marah/tengking/pukul" murid dlm kelas... Yg pnting kaedah mengajar ttp guru itu gunakan dn yg pnting murid faham isi pembelajaran. Live ke tk live ke... Apa kena mengena dgn etika?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post