Imej hiasan via Utusan |
SAUDARA PENGARANG,
BENARKAH wujud pekeliling yang mengatakan hanya pemakaian jam tangan berwarna hitam dan putih sahaja dibenarkan di sekolah rendah?
Ini kerana saya menerima kiriman Whatsapp daripada pihak sekolah yang mengatakan hanya dua warna berkenaan sahaja dibenarkan di sekolah. Apakah rasionalnya?
Berbalik kepada tahap umur, sudah pastilah pelajar sekolah rendah lebih gemar kepada jam tangan yang berwarna dan bercorak dan saya sendiri tidak melihat pemilihan warna jam akan mengganggu sistem pembelajaran.
Malah, warna dengan corak berlainan akan lebih memudahkan pelajar mengenalpasti jam tangan milik mereka dan mengelakkan daripada tertukar dengan pelajar lain.
Mengapa pihak sekolah ‘suka hati’ membuat peraturan yang tidak relevan?
Diharap pihak Kementerian Pendidikan meneliti perkara ini. Ini kali pertama saya mendengar mengenai peraturan ini. Janganlah menyukarkan proses pembelajaran dengan peraturan yang remeh.
ENCIK PELIK, Cheras
Sumber -UTUSAN