Putrajaya - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memutuskan untuk melaksanakan Program Transisi Tahun Satu 2.0 (PTTS 2.0) selama empat minggu. Perkara tersebut dimaklumkan melalui satu surat siaran yang dikeluarkan pada hari ini.
"Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 6 Tahun 2022 bertarikh 22 Februari 2022 telah memutuskan supaya PTTS 2.0 dilaksanakan selama empat (4) minggu.
"Ini setelah mengambil kira murid prasekolah telah mengikuti pembelajaran selama dua (2) bulan pada tahun 2022 berikutan pelanjutan sesi persekolahan tahun 2021.
"PTTS 2.0 dilaksanakan bagi murid Tahun Satu mulai minggu pertama sesi baharu persekolahan.
"Tempoh ini dimanfaatkan bagi memastikan murid bersedia sepenuhnya untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dari aspek sosioemosi, jasmani dan tahap penguasaan perkembangan kognitif," katanya.
Dengan berkuatkuasanya surat siaran ini, maka Surat Siaran Pelaksanaan Program Transisi dan Guru Penyayang [No. Rujukan: KP(PPK)1200-1/1 (38)] bertarikh 4 Disember 2006 adalah dibatalkan.
Muat Turun: Surat Siaran KPM Bil. 1/2022: Pelaksanaan PTTS 2.0 Mulai Kalendar Akademik Sesi 2022/2023