KPM gariskan 7 ketetapan atasi isu beg sekolah berat


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menggariskan tujuh ketetapan serta perincian bagi menangani isu beg berat yang dihadapi murid sekolah secara menyeluruh. 

Ia membabitkan penyediaan lokar di sekolah rendah, penyusunan semula jadual waktu, bilangan buku latihan, penggunaan buku aktiviti dan kerja, pengenalan buku teks digital, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP), serta kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Ketetapan itu diumumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, menerusi satu mesej video yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau, hari ini.


 

Previous Post Next Post