Mereka yang pernah tinggal di asrama tentunya masih lagi ingat kenangan menjadi pelajar di mana ada banyak peraturan yang perlu diikuti. Baru-baru ini pula, gelagat pelajar asrama ini yang gigih memesan makanan luar meraih perhatian ramai.
Bukan sahaja gigih malah gelagat mereka ini turut mengundang ketawa dari netizen yang terhibur melihat gaya mereka ini. Perkongsian video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari sejuta tontonan setakat ini.
Kegigihan mereka yang siap meniarap di atas rumput itu turut mencuit hati netizen apabila mereka begitu bersungguh-sungguh menyembunyikan diri. Dalam masa yang sama, penghantar makanan itu juga turut melayan kerenah mereka ini dan menunggu di pintu belakang.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan pelajar tersebut yang sedang meniarap di tepi tembok kawasan asrama mereka ini. Biasanya mereka yang menetap di asrama tidak dibenarkan untuk memesan makanan dari luar untuk dibawa masuk ke dalam kawasan asrama.@khiedir_iqbal #asramalife ♬ original sound - Ammar TaeHyung - GokuZ4s
Kegigihan mereka yang siap meniarap di atas rumput itu turut mencuit hati netizen apabila mereka begitu bersungguh-sungguh menyembunyikan diri. Dalam masa yang sama, penghantar makanan itu juga turut melayan kerenah mereka ini dan menunggu di pintu belakang.
Sebaik sahaja menerima makanan yang dibeli, pelajar itu kemudian berlari dengan perlahan-lahan mungkin bimbang gelagat itu kantoi dengan warden asrama. Melihat gelagat mereka ini, ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman yang sama semasa tinggal di asrama dahulu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang berseloroh mujur juga abang penghantar makanan itu cukup sempoi melayan permintaan mereka itu.
“Abang grab pun beri kerjasama yang baik hantar pintu belakang.” pelajar
“Struggle sangat ni.”
“Nasib dapat abang grab yang masyuk air. Abang grab pun gigih membuat penghantarannya.” komen