'Pendidikan politik, demokrasi sepatutnya bermula di bangku sekolah'


KUALA LUMPUR: Sekolah sepatutnya menjadi tempat menyemai kefahaman terhadap prinsip asas demokrasi dan politik, merangkumi hak sebagai rakyat dan proses pilihan raya.

Menurut Felo Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi & Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Prof Madya Rosmadi Fauzi, generasi pewaris negara perlu dididik sejak kecil ke arah pendemokrasian yang semakin subur.

Katanya, ketika ini, sebahagian besar anak muda Malaysia tidak celik demokrasi dan faham peranan mereka dalam sistem pengurusan manusia bermasyarakat.

Ini kerana, pendidikan politik tidak didedahkan dan diajarkan secara formal di peringkat sekolah.

"Jika kita lihat dari perspektif negara-negara jiran, dalam kajian yang kita jalankan, sebagai contoh Thailand dan Indonesia, mereka telah menerapkan pendidikan politik daripada sekolah lagi.

“Malah di Australia, kalau tak silap saya, telah bermula seawal usia sembilan tahun, di mana diterangkan tentang hak mengundi dan bagaimana proses pengundian itu dilakukan,” katanya.

Sehubungan itu, Rosmadi mencadangkan pendidikan politik dan demokrasi harus diraikan bermula dari sekolah supaya akhirnya semua sedar peranan mereka sebagai rakyat dalam menentukan hala tuju negara.

 

Previous Post Next Post