Imej hiasan |
PETALING JAYA – Tindakan seorang murid perempuan membuat satu video bertanya mengapa mata pelajaran sains tingkatan satu bab empat (pembiakan) tiada yang membuat eksperimen dikecam orang ramai.
Gambar dari video itu didedahkan seorang pengguna Twitter, @yoursturulypir, berkongsi satu gambar yang ditanya oleh murid perempuan tersebut mengenai mengapa tiada yang membuat eksperimen terhadap bab empat (pembiakan) mata pelajaran sains tingkatan satu.
Seorang individu yang merupakan guru mata pelajaran sains, @mulanzhu, turut berkongsi pengalaman beliau mengajar murid tingkatan satu tajuk ini dan ada segelintir murid senyap serta ada juga yang bising dan teruja.
“Sekarang ini saya sedang menanda kertas pelajar saya dan memang saya selitkan juga soalan pembiakan, kebanyakkan murid ramai yang skor di soalan alat pencegah kehamilan serta waktu yang perlu dielakkan bersama untuk perancangan keluarga,” jelas Mulan.
Namun, ada juga murid yang menjawab soalan peperiksaan itu seolah olah biadap terhadap guru tersebut.
“Mana lah tahu saya belum kahwin lagi, nanti saya dah kahwin saya beritahu cikgu,” jawapan murid tersebut.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial berasa marah dengan tindakan murid yang jawab biadab begitu serta murid yang minta eksperimen apabila belajar bab empat mata pelajaran sains.
“Seseorang murid tidak boleh memberikan jawapan bertulis seperti itu. Ia benar-benar di luar konteks. Walaupon tidak tahu, tidak perlu tulis macam tu. Biarkan ia kosong lebih baik. Murid zaman sekarang memang kurang adab belajar dengan guru,” ujar @tighahmisu.
“Sebagai seorang murid, sekiranya kita tidak tahu jawapan, kita haruslah menulis sekadar yang kita faham berdasarkan soalan walaupun jawapannya sangat singkat. Ia tidak sepatutnya menjadi jawapan yang tidak sopan seperti itu,” jelas @ashh_kzh.
“Sistem pembiakan ni memang perlu diajar awal sebab remaja perempuan lebih cepat akil baligh berbanding lelaki dan berita murid 13 tahun hamil kerana seks bebas sudah banyak berlaku. Sebab itu Kurikulum Standart Sekolah Menengah (KSSM) sekarang susun semula silibus dari tingkatan satu hingga tingkatan lima mengikut susunan,” kata @chubbb__ – K! ONLINE