Jumlah Waktu Bekerja Penjawat Awam Di Sekolah (Guru dan AKP)

 

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan waktu bekerja penjawat awam di Malaysia dalam seminggu adalah 45 jam seminggu selaras dengan ketetapan International Labour Organization (ILO). 

Waktu bekerja penjawat awam terbahagi kepada waktu bekerja pejabat dan waktu bekerja bukan pejabat. 

Di sekolah, Pengetua / Guru Besar (PGB) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bekerja menggunakan waktu bekerja pejabat manakala Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) atau guru bekerja menggunakan waktu bekerja bukan pejabat tetapi masih terikat kepada penetapan waktu bekerja oleh JPA iaitu 45 jam seminggu merangkumi waktu persekolahan melibatkan pelaksanaan PdP dan bukan PdP serta luar waktu persekolahan melibatkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan lain-lain seperti Rajah 2 di bawah.

Secara umumnya, waktu bekerja mingguan PGB dan AKP dengan guru hampir sama iaitu 38 jam 30 minit tidak termasuk waktu rehat bagi PGB dan AKP dan lebih kurang 38 jam bagi guru seperti Jadual 2, Jadual 3 dan Jadual 4 di bawah:


Jadual 3: Pelaksanaan 45 jam Waktu Bekerja
Bukan Pejabat Seminggu (Guru Sekolah Menengah)
Jadual 4: Pelaksanaan 45 jam Waktu Bekerja
Bukan Pejabat Seminggu (Guru Sekolah Rendah)

Waktu bekerja tahunan PGB dan AKP dengan guru juga hampir sama iaitu 225 hingga 235 hari bagi PGB dan AKP dan 227 hari bagi guru seperti di Jadual 5 di bawah:

Jadual 5: Pelaksanaan Waktu Bekerja Pejabat
dan Bukan Pejabat Setahun


Rujukan pekeliling:
  • Perintah Am Bab A-G 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 5/1977 : Tugas-tugas Guru dalam Cuti Penggal Sekolah 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 2/1981 : Ketetapan Masa di sekolah-sekolah 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 3/1981 : Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period) oleh Guru. 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1/1982 : Waktu Sekolah dalam Bulan Puasa. 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 10/1995 : Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah 
  • Surat Siaran KPPM Bilangan 5/1998 : Tanggungjawab Mengajar bagi Pengetua dan Guru Besar di Sekolah. 
  • Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 6/2005 : Cuti Rehat Tahunan kepada PGB. 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 8/2005 & Surat Siaran KPM Bilangan 2/2016 : Peringatan Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu. 
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2005 : Pelaksanaan Bekerja 5 hari seminggu 
  • Surat Siaran KPM Bilangan 7 Tahun 2015 : Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan. 
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11/2016 : Kemudahan Cuti Kuarantin. 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 8/2016 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) secara berperingkat-peringkat mulai Tahun 2017 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 9/2016 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017 
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8/2017 : Cuti Rehat Khas PPP (10 hari mulai 1 Januari 2018) 
  • Surat Siaran KPM Bilangan 11/2017 : Peringatan Pelaksanaan Tugas Guru dalam Cuti Penggal Sekolah. 
  • Pekeliling Perkhidmatan JPA Bilangan 6 Tahun 2019 : Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) di Agensi Kerajaan. 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 6 Tahun 2019 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (Menengah Atas) dan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Mulai Tahun 2020. 
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 : Dasar Bekerja dari Rumah 
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2000 : Hari Rehat Sabtu
Previous Post Next Post