Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Tahun 2023 secara dalam talian melalui Portal ePrasekolah KPM akan dibuka Mulai 1 Mac 2022 Hingga 30 April 2022.
Untuk makluman ibu bapa dan penjaga, pendaftaran boleh dibuat melalui 2 cara berikut:
- Secara Online: Melalui portal ePrasekolah KPM
- Secara Manual: Ambil Borang Permohonan Di Sekolah Yang Ingin Dimohon
Berikut adalah maklumat lanjut tentang cara membuat pendaftaran online di portal tersebut.
Tarikh Daftar Prasekolah 2023 Online
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023 Secara Dalam Talian Dibuka Mulai 1 Mac 2022 Hingga 30 April 2022.
Syarat Permohonan Kemasukan Prasekolah 2022
Syarat Permohonan Pendaftaran Prasekolah Online 2023 adalah seperti berikut:
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 15 Januari 2019 sahaja yang layak untuk memohon.
Cara Daftar Prasekolah KPM 2022
Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.
Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
Berikut adalah langkah membuat pendaftaran ePrasekolah KPM:
- Layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/
- Daftar Pengguna
- Log Masuk
- Klik Borang Permohonan Prasekolah
- Lengkapkan Maklumat
- Pilih Sekolah Yang Dipohon
- Pengesahan Permohonan Oleh Ibu Bapa/Penjaga
- Hantar Permohonan Dalam Talian Selewat-lewatnya 30 April 2022
- Cetak Permohonan
- Hantar Cetakan Borang Permohonan Berserta Dokumen Yang Berkaitan Ke Sekolah Yang Dipohon Selewat-lewatnya 31 Mei 2022
- Semak Keputusan Secara Dalam Talian
*Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif
Download manual pendaftaran ePrasekolah di SINI
Semakan Keputusan Permohonan
Setelah berjaya daftar prasekolah 2023 online, sila buat semakan melalui cara berikut:
- Secara Dalam Talian – Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 5 Ogos 2022 (tertakluk kepada pindaan).
- Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon – Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos 2022 (tertakluk kepada pindaan).
Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada;
- Menunggu Pengesahan → Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah/dokumen permohonan sedang disemak.
- Tidak Lengkap → Permohonan/dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
- Disahkan → Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
- Berjaya → Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
- Tidak Berjaya → Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.
Rayuan Permohonan
Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.
Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW.
Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September 2022 (tertakluk kepada pindaan).
Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar.
Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan sila layari https://eprasekolah.moe.gov.my/ ATAU kemukakan pertanyaan anda melalui email kepada Jabatan Pendidikan Negeri.