Bekas pemain kebangsaan dan pengulas sukan terkemuka, Serbegeth Singh (Shebby) telah meninggal dunia sebentar tadi.
Shebby Singh dilaporkan meninggal dunia pada usia 61 tahun akibat serangan jantung ketika sedang melakukan aktiviti berbasikal.
Untuk rekod Shebby pernah menyarung jersi Harimau Malaya dari 1982 hingga 1991 dan pernah menang pingat emas di Sukan SEA pada 1989.
Mendiang juga pernah bermain dengan pasukan Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak.
Shebby juga pernah dilantik sebagai penasihat untuk kelab di Liga Perdana Inggeris, Blackburn Rovers pada tahun 2012.