Putrajaya - Menteri Kanan Pendidikan, Dato Dr Radzi Jidin hari ini memaklumkan tiada sebarang bayaran ganti rugi kerosakan buku teks perlu dibuat kepada pihak sekolah oleh murid atau ibu bapa akibat banjir.
"Untuk makluman semua, berdasarkan rekod yang ada pada KPM sehingga ke hari ini sebanyak 263,662 naskah buku teks yang rosak akibat banjir melibatkan 14,422 orang murid di seluruh negara.
"Berdasarkan rekod ini, KPM mempunyai stok yang mencukupi untuk menggantikan buku teks yang rosak bagi membolehkan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada minggu hadapan,
"Kepada murid-murid yang kehilangan atau buku teks mereka rosak akibat banjir, jangan risau, anak-anak tidak perlu membayar ganti rugi atau mengganti di atas kerosakan buku teks tersebut," katanya.
Beliau berkata, pihak sekolah akan merekodkan jumlah buku teks yang rosak akibat banjir dan akan usaha menggantikannya akan dilaksanakan dengan segera bagi membolehkan sesi persekolah akan datang akan berjalan lancar.