Imej via FB Redzuan Abu Samah |
Seorang individu, Redzuan Abu Samah melalui akaun Facebook beliau telah berkongsi satu situasi yang agak mencemaskan seorang murid yang cuba menyeberangi lebuhraya Pan Borneo untuk ke sekolahnya.
Tindakan bahaya berkenaan mengundang rasa bimbang akan keselamatan murid tersebut.
"Apa yang anda saksikan seawal waktu subuh ini adalah pelajar yang tinggal di Taman Petrajaya, Telipoj ketika hendak pergi ke sekolah di Tebobon.
"Pelajar ini membawa kerusi untuk memanjat tempok pembahagi jalan Pan Borneo disebabkan pengangkutan bas sekolah ke Tebobon tidak lagi beroperasi kerana terlalu jauh untuk buat pusingan.
Menurut beliau lagi, punca utama situasi tersebut berlaku adalah kerana lampu isyarat simpang keluar masuk Taman Petrajaya telah dibuang oleh kontraktor lebuhraya Pan Borneo hingga menyebabkan penduduk yang tinggal di kawasan perumahan tersebut terpaksa menanggung akibatnya.
"Wajarkan pembangunan sebegini tanpa memikirkan kesusahan rakyat?" soalnya.
Status beliau telah mendapat hampir 4 ribu perkongsian dan hampir 2 tanda suka daripada netizen.