‘Demand’ tandas duduk di sekolah, netizen tegur penjaga


Bergelar sebagai ibu bapa sudah pastinya menginginkan yang terbaik buat anak-anak terutamanya dalam bidang pendidikan. 

Bahkan, terdapat sesetengah ibu bapa yang tidak ‘kisah’ membayar yuran yang mahal di sekolah swasta asalkan anak mereka dijaga dan mendapat layanan kelas atasan.

Ibu bapa ‘demand’ untuk anak


Perkongsian seorang pengguna Facebook, menerusi kumpulan Warga 68000 Ampang mencuri perhatian ramai apabila dia sempat bertanyakan kepada wargamaya mengenai sekolah rendah kebangsaan di kawasan Ampang, Kuala Lumpur yang menyediakan kemudahan tandas duduk buat murid-murid.

Saya rasa kebanyakan sekolah masih guna tandas cangkung.

Menerusi hantaran itu, individu tersebut dilihat seolah-olah ‘risau’ jika anaknya terpaksa menggunakan tandas cangkung berikutan anaknya dipercayai sudah terbiasa menggunakan tandas duduk.

Pada masa yang sama, individu berkenaan sempat memberikan alasan kebanyakan rumah kini mempunyai kemudahan tandas duduk.

Cadangan netizen

Susulan daripada itu, seorang pengguna Facebook yang lain tampil memberikan respon dan meminta supaya individu tersebut tidak terlalu memanjakan anaknya.

Pada masa yang sama, dia turut memberikan solusi dengan meminta individu berkenaan menghantar anaknya ke sekolah swasta yang sudah pastinya menyediakan kemudahan asas yang terbaik.

Saya syorkan hantar anak ke sekolah swasta dan international. Sampai anak nak berak pun kita duk risau, bagilah mereka survival skill sikit.

Memang akan manja 

Menerusi ruangan balas, rata-rata netizen berpendapat kanak-kanak tidak sepatutnya terlampau dimanjakan dan mereka perlu diajar untuk hidup berdikari. 

 Sumber: Twitter

 



Previous Post Next Post