19 murid, seorang guru positif Covid-19, SMK Sulaiman diarah tutup

BENTONG – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman di sini ditutup susulan penularan wabak Covid-19 di sekolah berkenaan. 

Berdasarkan notis daripada Pejabat Kesihatan Daerah sekolah berkenaan ditutup mulai 19 Januari hingga 25 Januari bagi kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman. 

Difahamkan individu positif dibawa ke pusat kuarantin di Kuantan dan Maran manakala kira-kira 34 pelajar yang menjadi kontak rapat turut dikuarantin. 

Sementara itu Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, setakat ini seramai 21 individu disahkan positif Covid-19. 

Jelasnya individu yang positif melibatkan satu indeks, 19 orang pelajar dan juga seorang guru. – K! ONLINE

 

Previous Post Next Post