Senarai semak untuk pelepasan cukai pendapatan 2021 untuk e-Filing 2022



Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyatakan jika gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34,000 barulah perlu mendaftar nombor cukai / hantar borang cukai.

Contoh:

Gaji setahun sebelum tolak KWSP = RM38,202
Potongan KWSP (11%) = RM4,202
Gaji setahun selepas tolak KWSP = RM34,000 (dibundarkan)

Sekiranya pendapatan anda tak sampai pun RM34,000 setahun (lepas tolak KWSP) tapi majikan tiba-tiba ada buat potongan PCB, maka submit saja borang cukai tu, jika tiada apa-apa masalah, akan dapat refund.

Oleh yang demikian, sebagai persiapan ilmu ini, untuk mendapat pelepasan cukai, ini maklumat/dokumen yang perlu disimpan :

1. Borang EA / EC / CP58

  • Orang kerja kerajaan, sediakan borang EC.
  • Orang kerja swasta, sediakan borang EA.
  • Orang makan komisen (ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier) sila minta borang CP58 (penyata bayaran insentif) dari syarikat.

Jika makan gaji sahaja, isi borang BE sebelum 30 April 2020. Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun 2020.

Sila take note kalau anda makan gaji dan termasuk dalam gaji kasar tu elaun petrol, elaun perjalanan atau elaun tol atau kombinasi darinya, sila tolak sebab elaun/perkuisit ini dikecualikan cukai. Terhad kepada RM6,000 setiap tahun.

2. No kad pengenalan ibu dan / atau ayah kandung / angkat

Ada ibu dan / atau ayah berumur 60 tahun dan ke atas yang bermastautin di Malaysia? 

Jika mereka masih bekerja pastikan pendapatan tahunan ibu atau ayah TIDAK melebihi RM24,000 seorang. Kalau cukup syarat ni anda boleh claim RM1,500 seorang. Kalau dua-dua masih hidup maka boleh claim RM3,000.

“Tapi ibu ayah duduk kampung? “

Rileks, anda masih boleh claim walaupun tidak tinggal bersama.

Individu yang LAYAK menuntut pelepasan ini merujuk kepada anak kandung atau anak angkat yang sah di bawah undang-undang. Tuntutan pelepasan ini TIDAK dibenarkan ke atas ibu bapa tiri.

Nota : Kalau yang ada adik beradik ramai dan masing-masing nak claim, cara pengiraan seperti di Helaian Kerja HK15.

3. Penyata Takaful / Insuran

Sila minta statement tahun 2019 dekat ejen Takaful kalau penyata tu tak sampai rumah. Statement Takaful ini penting sebab dalam bayaran bulanan boleh jadi ada bahagian yang tak dibenar tolak cukai. Dekat statement tu biasa ada tulis. Jadi jangan declare semua kalau ada bahagian yang tak dibenarkan.

Yang boleh tuntut hanyalah Takaful/insuran nyawa, pendidikan dan perubatan. Takaful/insuran kereta tak boleh.

Takaful/insuran nyawa boleh claim untuk individu, suami atau isteri / isteri-isteri. Bayaran premium atas polisi nyawa anak tidak dibenarkan.

Manakala premium Takaful/insurans yang dibayar atas polisi pendidikan atau manfaat perubatan boleh untuk individu, pasangan atau anak.

4. Resit Gaya Hidup

Silalah korek semula resit-resit dan bil kalau tahun lepas (2019) ada beli dan bayar;
  • smartphone/komputer/laptop/tablet
  • buku/ subscription news online
  • bil langganan internet
  • Pembelian alat sukan / yuran gym
Boleh claim bawah pelepasan gaya hidup maksimum RM2,500. Belian mestilah untuk kegunaan peribadi saja, bukan untuk bisnes.

5. Resit Alatan Penyusuan

Korek juga resit-resit berkaitan peralatan penyusuan (kalau ada beli). Pelepasan ini untuk pembayar cukai wanita saja atas pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan menyusukan anak yang berumur 2 tahun dan ke bawah. Suami tak boleh claim (rasanya dalam borang dia disable ruang ini untuk lelaki).

Amaun claim adalah terhad kepada amaun yang dibelanja dan maksimum RM1,000 walaupun ada lebih daripada seorang anak.

Peralatan penyusuan ibu yang layak mendapat potongan adalah:
  • set pam susu dan pek ais (breast pump kit dan ice pack);
  • bekas pengumpulan dan penyimpanan susu (breast milk collection
  • and storage equipment); serta
  • set penyejuk atau beg penyejuk (cooler set / bag).
6. Resit Pra-Sekolah

Ada anak berumur 6 tahun dan ke bawah yang dihantar ke pra-skolah atau pusat asuhan? Simpan lagi tak resit bayaran tu?

Potongan ini terhad kepada amaun yang dibayar dan maksimum boleh claim hanya RM1,000. Tapi tahun depan (tahun 2021) masa isi borang untuk taksiran 2020 boleh claim maksimum RM2,000. 

Yelah, yuran pra-sekolah macam Little Caliphs, Children Islamic Centre (CIC), Brainy Bunch, Genius Aulad, Smart Reader bukan biashe-biashe.

Tapi, pastikan taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pra-sekolah kerajaan/swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

7. Penyata SSPN-i

Ada menabung untuk anak dalam SSPN-i? 

Baguslah. Rasanya sekarang dah boleh print penyata SSPNN-i secara online. Kalau takde boleh ke kaunter PTPTN yang berhampiran.

Ingat, boleh claim amaun bersih, bukan berapa banyak anda masukkan dalam akaun.

(Jumlah simpanan dalam tahun 2019 tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2019).

Contoh: Dalam tahun 2019,
Baki Bawa Hadapan: RM4,500;
Simpanan : RM2,000; dan
Pengeluaran : RM1,500.
Potongan yang layak dituntut adalah RM500 (RM2,000 – RM1,500).
Untuk taksiran tahun 2019, maksimum boleh claim RM8,000, sebelum ini hanya RM6,000.

LHDN mesti dah ada data pencarum SSPN-i ni, jadi berfikir panjang sebelum bertindak mengisi ruang pelepasan tu.

8. Resit bayaran zakat

Resit atau penyata bayaran zakat boleh dapatkan dari Pusat Zakat Negeri masa buat bayaran. Kalau bayar online memang senang nak print balik. Kalau ikut FAQ LHDN, zakat yang dimaksudkan adalah semua jenis bayaran zakat yang dibuat dalam sesuatu tahun tu. Maknanya termauklah zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat emas dan zakat wang simpanan. Biasa yang orang claim adalah zakat fitrah dengan zakat pendapatan.

9. Dokumen-dokumen tambahan lain

Dokumen lain yang perlu disediakan (jika ada) adalah yuran sambung pengajian ke peringkat Ijazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah, penyata Skim Persaraan Swasta (PRS), resit-resit kalau ada derma dekat institusi atau organisasi yang diluluskan oleh LHDN (cari dan semak di sini).

Paling penting selain no akaun bank untuk LHDN refund duit PCB kita, ingat lagi tak password e-filing? Kalau boleh rekodkan maklumat e-filing ni. Senang esok-esok nak login, id dengan password dah tersedia.

Ingat, TAK PERLU hantar resit-resit atau dokumen atas ni, simpan saja elok-elok mana tahu dapat surat audit dari LHDN supaya tunjuk bukti.


 
Previous Post Next Post