Sekolah terjejas banjir akan dibaiki segera - Radzi Jidin

SHAH ALAM: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin meminta supaya kerja baik pulih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Muda serta lapan lagi sekolah di kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir, segera dilakukan. 
Melalui hantaran di Facebook rasminya, beliau memaklumkan, ia hasil tinjauan dilakukannya petang semalam ke sekolah terbabit yang mendapati selain bilik darjah, bengkel, makmal sains dan makmal komputer adalah antara bilik khas lain yang rosak teruk selepas ditenggelami air akibat banjir besar minggu lalu.
"Seramai 34 guru sekolah ini juga turut terkesan akibat banjir," katanya melalui hantaran itu. Keadaan di SMK Taman Sri Muda, Shah Alam semalam yang ditenggelami air akibat banjir besar minggu lalu. - 
Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan Kementerian Pendidikan (KPM), Noor Azman Abdul Rahman. 
Radzi berkata, KPM komited memastikan semua sekolah yang terjejs dalam kejadian banjir besar baru-baru ini diberi perhatian segera untuk memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan selesa kepada anak-anak generasi pewaris negara. – BERNAMA

 

Previous Post Next Post