PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari memberi penjelasan berkenaan sebuah foto yang tular berkaitan guru-guru yang menjalanni latihan amali dengan swab pelajar.
"KPM telah membuat siasatan ke atas gambar yang tular di media sosial
dan mendapati gambar tersebut melibatkan ujian saringan COVID-19
yang dilaksanakan di sebuah sekolah di negeri Pahang.
"Secara keseluruhan, seramai 16 murid telah dipilih secara rawak untuk menjalani
ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian air liur. Walau
bagaimanapun, demonstrasi calitan hidung turut dilaksana melibatkan
empat (4) orang guru dan empat (4) orang murid yang dibimbing oleh dua
(2) orang Jururawat Masyarakat.
"KPM ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saringan ujian COVID-19
di semua sekolah bawah KPM perlu menggunakan kit ujian air liur sahaja.
Penggunaan kit ujian secara calitan hidung adalah tidak dibenarkan dan
tidak selaras dengan arahan KPM melalui surat bertarikh 28 November
2021," jelasnya.
KPM berkata pengurusan ujian kendiri COVID-19 bagi murid sekolah KPM dilaksana mengikut ketetapan dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.
Selaras dengan Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan, KPM pada 28 November 2021 telah mengeluarkan surat pemakluman berkenaan pelaksanaan ujian saringan COVID-19 bagi murid sekolah rendah yang dibuat secara penggiliran bagi sekurang-kurangnya 10 peratus murid.
Berdasarkan surat siaran tersebut, pelaksanaan ujian kendiri ini hanya melibatkan penggunaan kit ujian air liur yang dibekalkan oleh KPM. Pelaksanaan ujian kendiri ini dibuat oleh murid dengan pemantauan guru.