‘Kitaran ganas’ dalam pendidikan di Malaysia

Imej hiasan


'Kitaran Ganas' Pendidikan 

Jika dalam ekonomi ada teori Kitaran Ganas Kemiskinan (KGK), di dalam pendidikan biar saya kenalkan satu istilah baru- 'Kitaran Ganas' Pendidikan (KGP) 

Apa itu KGP? 

Contoh 1: 

ada kes murid baru masuk asrama kena buli (ragging), jadi bila dia jadi senior dia akan buli junior yang baru masuk asrama. 

Kitaran ini berterusan. Jika tidak diputuskan, 'kitaran ganas' pendidikan ini akan merebak. 

Contoh 2: 

Guru baru bila lapor diri ke sekolah beliau diberikan berbagai beban tugas termasuklah yang bukan tugasan hakiki sebagai seorang guru. 

Nanti bila beliau jadi guru senior, beliau juga akan lakukan hal yang sama pada guru-guru baru. 'Kitaran ganas' pendidikan ini berterusan. 

Contoh 3: 

Semasa guru mengajar di sekolah, beliau dipantau, ditegur dan diarahkan dengan berbagai cara oleh berbagai pihak atasan. 

Bila guru ini kemudian dilantik ke jawatan peringkat yang lebih tinggi di sekolah, daerah atau negeri, beliau pula akan amalkan peri laku yang sama pada guru di sekolah. 'Kitaran ganas' pendidikan ini berterusan. 

Semua ini adalah contoh sahaja.

Sebagai bekas guru yang sudah bertahun-tahun mengajar dan mentadbir di sekolah, saya sendiri telah melalui semua situasi ini. 

Ada masanya saya terpaksa juga menongkah arus bagi memastikan 'kitaran ganas' pendidikan sebegini tidak berterusan. 

Untuk membina satu sistem pendidikan negara yang berkualiti dan cemerlang, 'kitaran ganas' pendidikan sebegini mestilah dihapuskan.

Tidak cukup dengan prasarana dan kemudahan sekolah yang hebat sahaja. Budaya kerja cemerlang memerlukan semangat iltizam berpasukan, ihsan, saling membantu, rasa mesra dan profesional. 

Jika tidak diputuskan 'kitaran ganas' pendidikan, sampai bila pun sistem pendidikan negara kita tidak akan berubah. Jauh sekali akan mensejahterakan.


Dr. Anuar Ahmad 
Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, 
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Previous Post Next Post