Guru tidak divaksin: Benarkan mengajar bersemuka atau cutikan tanpa gaji

Imej hiasan

Isu guru tidak divaksin di sekolah seolah-olah menjadi isu yang tiada kesudahan tanpa penyelesaian. Ianya dijangka berpanjangan jika tiada langkah intervensi yang diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Walaupun KPM telah mengeluarkan beberapa kenyataan diikuti dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), isu tersebut masih dilihat tergantung setelah Ketua Jabatan pula diberi tanggungjawab akhir untuk menentukan tindakan.

Keadaan menjadi lebih parah apabila Ketua Jabatan yang tidak kompeten, tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan yang bijak hingga menyebabkan proses PdP terganggu, guru-guru yang divaksin penuh teraniaya untuk menggantikan rakan guru mereka yang 'dilarang' mengajar bersemuka.

Ramai yang berharap isu ini dapat diselesaikan segera sebelum sekolah dibuka pada Januari 2022 ini.

Berikut beberapa cadangan netizen terutama daripada golongan guru yang boleh dipertimbangkan oleh KPM.
1. Benarkan guru tidak divaksin mengajar bersemuka sebagaiman guru-guru lain yang telah lengkap divaksin atau;

2. Cutikan guru tidak divaksin tanpa gaji dan gantikan dengan guru lain.
Pekeliling yang yang dibuat seolah-olah hanya untuk melepaskan tanggungjawab kerana tiada implikasi dan penguatkuasaan. Sekolah kemudiannya terpaksa menanggung segala tanggungjawab nasional yang sepatutnya diselesaikan di peringkat kementerian.

Apa yang menjadi kebimbangan bukanlah jangkitan Covid-19 daripada guru yang yang tidak divaksin, tetapi beban tugas guru yang terpaksa menggantikan kelas beliau, hak murid untuk mendapat ilmu daripada guru yang sepatutnya akan tetap menghantui pihak sekolah.

Pihak kementerian perlu tegas perkara ini dan masih ada 2 minggu untuk membuat keputusan yang sepatutnya sebelum sekolah dibuka.

 

1 Comments

  1. Guru yang divaksin juga menjangkiti, kena Covid19, ada kena kurantin, ada masuk hospital dan begitu juga yang belum divaksin! SOP masih kekal bagi semua golongan. Adalah baik semua guru mengajar bersemuka, berdiri di depan kelas sekurang-kurangnya jika khuathir menjangkiti atau dijangkiti. Tidak perlu buat isu berlarutan. Datang lagi varian, dan seterusnya tiada pengakhiran bagi yang telah divaksin atau tidak. Setiap individu, guru atau bukan guru, harus bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri supaya tidak menjangkiti atau dijangkiti kerana berkumpul dalam kawasan tertutup yang kecil. Semua bertanggungjawab, bukan pihak tertentu sahaja.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post