PETALING JAYA – Seorang wanita meminta bantuan orang ramai supaya menyelamatkan ayahnya ekoran rumah mereka yang terletak di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam dinaiki air.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, wanita dikenali sebagai Roseanne Sien itu memaklumkan bahawa ayahnya mengalami ‘stroke’ dan terlantar di atas katil.
Menurutnya, keadaan terkini air di dalam rumahnya berada pada paras pinggang.
“Dah hubungi talian kecemasan dan macam-macam talian tak dapat ‘go thru’.
“Sekarang bekalan elektrik telah diputuskan dan air paras pinggang. Ada sesiapa boleh hantar bantuan untuk keluar kerana ayah ‘stroke’,” katanya di laman Facebook sebentar tadi.
Menurut Roseanne, lokasi rumahnya adalah di Taman Sri Muda, Shah Alam.-K! ONLINE