Banjir: Mayat Hanyut Bersama Kereta Ditemui Di Kampung Cempaka


Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika cuba meredah arus banjir, berhampiran Kampung Cempaka pada awal pagi Ahad, ditemui pada pagi Isnin.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang, mayat mangsa yang dikenali sebagai Mohd Helmi Nazlan, 34, dijumpai pada jam 7.15 kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian.

Pada hari kejadian, mangsa bersama seorang rakan terkandas dan dihanyut oleh arus deras ketika mereka cuba mengharungi banjir dengan menggunakan kereta Proton Exora yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Pahang.

Walau bagaimana rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan memecahkan cermin belakang kereta tersebut.

Mayat mangsa dilaporkan telah diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai oleh Ketua Balai Timbalan Penguasa Bomba Kamerul Bieza Mohd Kasim dikatakan tamat pada jam 7.31 pagi.

Sumbe: Astro Awani

 

Previous Post Next Post