KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan dicadang mengekalkan tempoh pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula Mac bagi setiap tahun walaupun pandemik Covid-19 sudah berakhir.
Langkah itu membolehkan semua calon SPM menduduki peperiksaan awam tersebut dengan selesa dan tidak berisiko berdepan masalah banjir di sesetengah negeri yang sering dilanda tengkujuh pada hujung tahun.
Saranan itu berdasarkan pengalaman peperiksaan SPM pada Februari dan Mac lalu di seluruh negara akibat pandemik Covid-19 dan terbukti berkesan dalam memastikan semua pelajar berpeluang menduduki peperiksaan pada waktu yang dijadualkan.
Bercakap kepada akhbar Utusan Malaysia, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia, takwim persekolahan di peringkat sekolah mengengah pula akan berubah dan bermula selepas peperiksaan awam tamat.
"Sebenarnya, cadangan membawa peperiksaan pada Januari dan Februari sudah lama kerana kita ada masalah dengan musim tengkujuh. Peperiksaan pada Oktober dan November dari dahulu lagi tidak sesuai sebab ramai pelajar dari Pantai Timur contohnya akan berdepan masalah ini sedangkan negeri lain pula dalam keadaan baik.
"Jadi, kita bawa peperiksaan awam tersebut pada Mac dan cuba kekalkan pelaksanaanya, pelajar menghabiskan persekolahan pada Disember dan boleh membuat persiapan akhir seelum tiba peperiksaan," katanya ketika dihubungi semalam.
Akibat pandemik Covid-19, KPM meminda tarikh peperiksaan SPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2020 kepada 22 Februari 2021 manakala Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pula dianjak kepda 8 Mac tahun sama yang sama.
Jabatan Meteorologi menerusi kenyataan diterbitkan pada 28 Oktorber lalu menyatakan, fenomena La Nina berterusan pada Disember 2021 hingga Februari 2022 dengan kebarangkalian 87 peratus akan menyaksikan lebih banyak hujan berlaku dan menyebabkan banjir yang serius termasuk di seluruh negara.
Sumber - Utusan Malaysia