Toolkit PdP KBAT adalah manual pelaksanaan yang
lengkap bagi sekolah untuk mencapai kriteria cemerlang
pembudayaan KBAT dalam PdP berasaskan Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) bagi
Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan. Toolkit
PdP KBAT ini dibina agar dapat dijadikan rujukan utama
guru dalam meningkatkan mutu PdP yang mempunyai
elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Pembinaan dan pengumpulan bahan dalam Toolkit PdP
KBAT adalah merupakan usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dalam inisiatif KBAT Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
untuk melahirkan murid yang berpemikiran tinggi serta
mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Guru boleh
memperoleh pelbagai sumber dari Toolkit PdP KBAT ini,
yang dapat meningkatkan kreativiti mereka apabila
membuat perancangan PdP supaya menjadi lebih
menarik, bermakna dan mencabar pemikiran serta
potensi murid.
Toolkit PdP KBAT ini diterbitkan supaya guru dapat
mengakses pelbagai sumber yang terdapat dalam toolkit
dengan mudah dan cepat secara sistematik. Bahan yang
terdapat dalam toolkit ini dapat membudayakan guru
mengamalkan KBAT dalam PdP mereka.
Toolkit ini juga boleh diakses melalui Internet
menggunakan komputer atau telefon pintar. Ini
menjadikan bahan toolkit mudah dicapai pada bila-bila
masa dan di mana saja asalkan terdapat kemudahan
capaian Internet.