Kuala Lumpur: Mantan Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik memaklumkan telah menerima puluhan ribu mesej daripada segenap lapisan mesyarakat berkaitan pelbagai isu pendidikan.
"Puluhan ribu mesej telah bertali arus memenuhi pelantar sosmed saya daripada para pendidik, ibu bapa dan pelajar mengenai pelbagi isu pendidikan.
"Rakyat bagaikan anak yatim piatu kehilangan ibu bapa dan penjaga di waktu ini berkaitan isu pendidikan.
"Ramai yang meminta saya merubah itu dan ini seolah-olah saya masih lagi menerajui KPM."Itulah hakikatnya sehingga detik ini," katanya.
Katanya, luahan-luahan tersebut adalah suara keluh kesah rakyat, dan rintihan rakyat bawahan dan para pendidik generasi masa hadapan.
"Menteri, Timbalan-Timbalannya dan KPM tidak boleh mengambil mudah dan membuat sikap pekak badak selamanya.
"Sebagai Pengerusi JK Pilihan Khas Pendidikan Parlimen Malaysia kuasa saya amat terhad, namun ianya cukup untuk menjadi suara pendesak dan juga pembela rakyat di parlimen," jelasnya lagi.
Beliau turut membawakan kepada KPM isu-isu berikut:
1) Jadual SPM yang padat, berterabur dan tidak meraukan hari cuti berbanding sebelum ini yang telah membuatkan rakyat Malaysia resah.
2) Penilaian kesetaraan dan pelbagai pelaporan di minggu-minggu awal sekolah dibuka.
Bukan sekadar ianya membebankan guru yang ramainya telah lesu upaya, tidak bermotivasi dan memerlukan tiupan semangat.
3) Di minggu-minggu awal pembukaan sekolah para guru patut diberikan kebebasan dan autonomi untuk mencorakkan pdp demi mengembalikan kegembiraan di salam jiwa pendidik dan juga anak-anak dan semua warga sekolah yang lain.
4) KPM dan menteri bersikap responsif dan berkomunikasi dengan khalayak dan rakyat jelata.
Beliau berkata, golongan ini ingin didengari dan pihak bertanggungjawab perlu bertindak berdasarkan keperluan orang bawahan dan bukannya kaedah-kaedah ciptaan orang kayangan.
"Diharapkan kerajaan kini dan KPM dapat mengembalikan kasih sayang, kegembiraan dan saling menghormati di sekolah dan semua institusi pendidikan," katanya.
Btul sgt stuju....egois KPM sekrg..
ReplyDeletekpm skrg sdh semakin tidak dihormati
ReplyDelete