Kesilapan teknikal, sebahagian status pengguna MySejahtera bertukar merah

 


MySejahtera untuk sejumlah pengguna pada hari ini telah memaparkan status HSO (Home Surveillance Order) secara rawak. 

Perkara ini dilihat berlaku disebabkan oleh kesilapan pada bahagian MySejahtera, yang kini telah dibetulkan. 


 Pihak MySejahtera melalui kenyataan yang dikeluarkan, mengatakan kesilapan pada bahagian mereka membuatkan sejumlah pengguna secara rawak diberikan status HSO / PUS.

Namun demikian masih terdapat pengguna yang statusnya belum dikemaskini dengan betul, mungkin memerlukan sedikit masa lagi.
Previous Post Next Post