Beban tugas adalah kerja tidak relevan dengan profesion keguruan - NUTP

Temubual wartawan Berita Harian berasama Presiden NUTP, Saudara Aminuddin Awang berkenaan beban tugas guru.

Soalan (S): Hampir dua tahun pandemik, apa aduan paling banyak NUTP terima daripada warga pendidik?

Jawapan (J): Yang paling banyak kita terima guru diberi tanggungjawab dan diminta menjalankan tugas seolah-olah mereka bukan damalm suasana pandemik, sedangkan realitinya guru berdepan masalah menjalankan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan murid yang tiada peranti.

Mereka juga tiada kawalan terhadap keterlibatan murid dalam PdPR kerana masing-masing di rumah. Malah ada murid tidak beri kerjasama dan tak fokus belajar. Sewaktu guru kena fikir bagaiamana nak atasi masalah ini, mereka masih terpaksa pula berhadapan pelbagai macam program perlu dilaksanakan. Contohnya, Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Memanglah kita setuju, tetapi program ini cuma sesuai dalam suasanan murid benda di sekolah.

Tanggungjawab tugasan pelaporan perlu disediakan seolah-olah guru di sekolah. Jadi, antara aduanpaling penting ialah mereka tak boleh nak tumpu kepada kerja hakiki iaitu mengajar. Mereka diganggu perkara sebegini. Sedangkan pada perkiraan kita, dalam suasan pandemik ini berilah peluang kepada guru jalankan tugas pengajaran dan pembelajaran (PdP) tanpa program seperti TS25. Apabila suasana mengizinkan, barulah dijalankan.

S: Kementerian tak dapatkan maklum balas daripada kesatuan seperti NUTP?

J: Kita sedikit kecewa dalam suasana pandemik yang membuat keputusan berkaitan guru tidak pernah mengadakan sesi libat urus bersama kami untuk sampaikan pandangan dan cadangan guru. Kita dapati apa dilaksanakan itu keputusan Putrajaya. Kalaulah mereka adakan sesi libat urus bersama NUTP, banyak input masalah guru di peringkat bawah kita boleh sampaikan.

Kalau saya nak jawab secara mudah, NUTP tidak diberi ruang menyampaikan isu atau permasalahan guru yang saya sebutkan tadi. Maka tidak pelik pelaksanaan PdPR banyak masalah kerana bagi kita keputusan dibuat tanpa mengambil kira suara guru di peringkat bawah. Terus jalan seolah-olah guru bersedia.

Contohnya, PdPR dibuat seperti murid di sekolah bermula jam 7.30 pagi sehingga 1 petang. Mana ada murid sekolah rendah sanggup duduk depan peranti dari pagi hingga petang. Kita boleh bayangkan macam mana data internet terpaksa digunakan, sedangkan bukan semua murid ada kemampuan.  Bagi keluarga yang terjejas pandemik, dibuang kerja atau dipotong gaji, duit RM10 atau RM20 lebih rela digunakan untuk beli makanan berbanding beli data untuk anak belajar. Perkara sebegini kita nak sampaikan kepada kementerian.

Kita tahu kementerian ada turun ke peringkat bawah untuk dapatkan input, tetapi saya yakin input yang guru biasa sampaikan kepada NUTP lebih tepat berbanding kepada pegawai kementerian. Kalau menyampaikan permasalahan kepada NUTP mereka lebih bebas, tak perlu nak jaga hati ketua jabatan masing-masing. Kalau mengadu kepada pegawai kementerian, ada sebahagian mereka tak berani buka mulut. adi, input melalui kesatuan paling tepat.

S: Apa pandangan NUTP terhadap usaha kementerian memulihkan sistem pendidikan negara pasca COVID-19?

J: Pertama sekali, saya setuju program Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tahun hadapan. Mereka lanjutkan sesi persekolahan sesi persekolahan tahun 2021 sampai Mac 2022. Itu satu usaha jangka pendek untuk 2021 di mana kementerian memberikan ruang kepada pihak sekolah melaksanakan proses pemulihan terhadap permasalahan seperti keciciran sukatan pelajaran yang berlaku sepanjang tahun ini.

Itu saya nampak bagaiamana kementerian nak beri ruan supaya tidak berlaku 'lost generation' (generasi yang hilang) dan ketinggalan dari segi proses pembelajaran dalam tempoh lama. Namun untuk jangka masa anjang saya dapat lihat bagaimana kerajaan nak atasi permasalahan. Saya pun tak nampak pelan jangka panjang kerajaan sekirannya masalah COVID-19 ini berterusan berlaku. Jadi, saya nak ambil peluang menyeru KPM keluar daripada kepompong pengoperasian dah lebih menumpukan kepada perancangan jangka panjang.

S: Dalam melaksanakan pelan jangka panjang, beban guru akan bertambah, kelak guru merungut banyak kerja?

J: Bagi NUTP, kita definisikan beban tugas sebagai kerja yang tak relevan dengan guru. Sebagai contoh dalam hal berkaitan kesihatan, kadang-kadang kerja itu sepatutnya dibuat petugas kesihatan tetapi guru terpaksa laksana. Ada juga kerja sepatutnya dilaksana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi guru terpaksa buat. Itu yang dimaksudkan beban tugas guru iaitu perkara yang tiada kaitan dengan profesional mereka untuk mengajar. Kalau perkara itu bersifat profesional, cikgu tak pernah merungut.

Bacaan penuh boleh diperoleh di akhbar Berita Harian




Previous Post Next Post