Warga sekolah dibenar makan di kantin ikut SOP


Putrajaya - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini membenarkan semua guru dan AKP untuk makan di kantin. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menterinya, Dr Radzi Jidin.


“KPM telah edarkan surat makluman mengenai kebenaran untuk guru dan kakitangan sokongan makan di kantin sekolah. 

“ KPM sentiasa memantau rapi situasi semasa mengenai pandemik COVID-19, termasuk perkara berkaitan vaksinasi dan garis panduan pengoperasian sekolah,” katanya.

Kebenaran untuk makan di kantin pastinya memberi kelegaan kepada guru dan kakitangan sokongan di sekolah. 

Dalam masa yang sama, keputusan itu diharap dapat membantu pengusaha kantin sekolah. 

Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan guru dan kakitangan sokongan serta seluruh warga sekolah, semua pihak perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. 

“Antaranya, hanya guru dan kakitangan yang telah lengkap divaksin sahaja dibenarkan makan di kantin sekolah. 

“Selain itu, pemantauan oleh Pengetua dan guru besar juga perlu dilaksanakan sebaiknya,” jelasnya lagi.


Previous Post Next Post