PBPPP: Contoh Penulisan Sasaran Keberhasilan Ikut Jawatan 2021


Panduan contoh penulisan sasaran keberhasilan ini disediakan untuk membantu PYD menulis sasaran keberhasilan. Penulisan sasaran keberhasilan perlu disesuaikan mengikut bidang tugas dan hasil yang hendak dicapai dalam tempoh penilaian. 

Contoh-contoh penulisan sasaran keberhasilan ini merupakan penyataan-penyataan sasaran keberhasilan yang dikumpul daripada beberapa institusi berkaitan melalui pelaksanaan bengkel-bengkel penulisan yang telah diadakan. 

Contoh-contoh penyataan sasaran keberhasilan tersebut boleh dijadikan panduan kepada PYD dalam menyediakan cadangan sasaran atau kepada PP dalam menyemak kaedah penulisan penetapan cadangan nilai pengukuran sasaran keberhasilan PYD. 

Bilangan dan kategori skop bidang tugas/ fungsi/ akauntabiliti dan jumlah sasaran keberhasilan serta nilai ukuran yang ditunjukkan dalam dokumen ini tidak menunjukkan bilangan sebenar bagi skop bidang tugas/ fungsi/ akauntabiliti dan jumlah sasaran keberhasilan serta nilai ukuran sasaran yang sepatutnya disasar/ dicapai oleh PYD bagi jawatan yang dinyatakan. 

Bilangan dan kategori skop bidang tugas/ fungsi/ akauntabiliti dan jumlah sasaran keberhasilan serta nilai ukuran perlu disesuaikan dengan senarai bidang tugas dan tempat bertugas serta berdasarkan matlamat organisasi. 

Pematuhan GPPKK semasa melaksanakan penilaian komponen keberhasilan dapat membantu PYD dinilai dengan adil dan tepat. 

Dalam penulisan sasaran keberhasilan, PYD disarankan untuk menggunakan kata kerja yang menunjukkan perihal keberhasilan seperti menyelesaikan, meningkatkan, mengurangkan, mencapai, menghasilkan, memastikan dan lain-lain lagi bagi memudahkan pemahaman maksud bagi penyataan sasaran yang ditulis. 

Penyataan nilai ukuran penilaian boleh ditulis dengan berdasarkan kuantiti, kualiti, kos dan masa. 

Diharapkan panduan contoh penulisan sasaran ini dapat membantu semua pihak semasa menyediakan sasaran keberhasilan dengan lebih tepat dan berfokus. 

Berikut ditunjukkan contoh pemindahan peratus markah pencapaian bagi sasaran yang telah selesai dilaksanakan semasa penilaian pertama kepada peratus markah pencapaian semasa penilaian akhir dilaksanakan.

1. Guru Akademik Biasa
2. Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
3. Guru Akademik Tingkatan 6
4. Guru Dalam Hospital
5. Guru Prasekolah
6. Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Bidang
7. Pensyarah Akdemik IPGK
8. Pensyarah Kokurikulum IPGK
9. Pensyarah Akademik Kolej Matrikulasi
10. Pensyarah Kokurikulum Kolej Matrikulasi
11. Pensyarah IAB
12. Pengetua / Guru Besar
13. Penolong Kanan Pentadbiran
14. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
15. Penolong Kanan Kokurikulum
16. Penolong Kanan Tingkatan 6
17. Penolong Kanan Progran Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
18. Penolong Kanan Seni
19. Penolong Kanan Sukan (Sekolah Sukan)
20. Penyelia Sekolah Dalam Hospital
21. Ketua Jabatan / Pusat IAB
22. Ketua Jabatan IPGK
23. Ketua Unit Kolej Matrikulasi
24. Ketua Jabatan di Kolej Matrikulasi
25. Ketua Nazir Negeri / Timbalan Ketua Nazir Negeri
26. Nazri Kanan / Nazir Sekolah
27. Pegawai Pendidikan Daerah
28. Timbalan PPD (Perancangan)
29. Timbalan PPD (Pembelajaran)
30. Penolong PPD Pemulihan
31. Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid
32. Penolong PPD Hal Ehwal Murid
33. Penolong PPD Prasekolah, Rendah dan Menengah
34. Penolong PPD Pentaksiran dan Peperiksaan
35. Penolong PPD Pendidikan Khas
36. Penolong PPD Pendidikan Islam
37. Penolong PPD Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan
38. Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah
39. Ketua Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Sekolah
40. Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Sekolah
41. Penolong Pengarah Pengurusan Sekolah Institut Pendidikan Swasta
42. Penolong Pengarah Unit Naik Pangkat
43. Penolong Pengarah Unit Penilaian Tahap Kompetensi
44. Ketua Penolong Pengarah Sumber Pembangunan Manusia, BPI
45. Penolong Pengarah Unit Pentaksiran SBP
46. Ketua Penolong Pengarah IPGM
47. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Dasar Lembaga Peperiksaan
48. Guru Bimbingan dan Kaunseling.
49. SISC+
50. Penolong Pengarah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK)
51. Jurulatih Sukan (Bola Tampar)

Muat Turun: 



Previous Post Next Post