Koleksi Pantun Sempena Sambutan Hari Guru


Buah delima buah duku 

Beli di toko Pak Tolu 

Kami hormat dan sayang guru 

Didik kami hingga jadi orang baru


Kaos kaki lubangnya satu 

Digigit tikus jadi dua lubang 

Kami ucapkan dengan rasa haru 

Terima kasih cinta dan kasih sayang


Hujan badai tengah malam 

Besok nya bunga bermekaran 

Kami ucapkan dan sampaikan salam 

Maafkan segala tindak tidak menyenangkan


Makan timun buat lalap 

Temannya sambal terasi 

Tolong jangan lelah dan lelap 

Didik kami hingga menjadi orang besar nanti


Burung gagak sayapnya patah 

Ditembak sang pemburu 

Bapak guru yang gagah 

Salam hormat kami untukmu


Beli perak di toko China 

Beli kain di toko Sutera 

Kau ajarkan dengan sukacita 

Hingga kami raih cita-cita


Beli tahu dalamnya toge 

Beli tepung dalamnya pisang 

Maafkan kami pelihara gengsi gede 

Tuk ucapkan terima kasih dan sayang


Boneka beruang bulunya putih suci 

Dibeli dari Ramayana 

Maksud ucapkan dengan rendah hati 

Semoga guru selalu dalam lindungan-Nya


Tas baru sepatu baru 

Tuk sambut hari baru 

Bapak guru dan ibu guru 

Terima kasih atas semua ilmu


Kapal tenggelam di perairan Singapura 

Semua penumpang menyelamatkan diri 

Pantun untuk guru sebagai ungkapkan cinta 

Mohon terima dengan tangan terbuka


Credit : caksandi


---------------------------------------------


Cantik bahasa sigadis desa, 

Jinak merpati perilakunya; 

Guru berjasa mendidik bangsa, 

Hormati taati muliakan dirinya.


Jinak merpati perilakunya, 

Bersulam tekat selendang suri; 

Hormati taati muliakan dirinya, 

Barulah berkat ilmu dipelajari.


Selendang suri corak beragi, 

Manik menghiasi cantik sulamnya; 

Guru bestari iltizamnya tinggi, 

Penuh dedikasi melaksanakan tugasnya.


Manik menghiasi cantik sulamnya, 

Dijual ke pekan aneka warna; 

Penuh dedikasi melaksanakan tugasnya, 

Demi melahirkan insan yang berguna.


Sumbu pelita menyala culas, 

Di atas dulang duduk letaknya; 

Tak pernah dipinta jasa dibalas, 

Kejayaan cemerlang itulah hadiahnya.


Penat berburu sungai disinggahi, 

Bawa kelapa penuh sebaldi; 

Hari guru hari menghargai, 

Semoga taklupa jasa dan budi.


Credit : ctnurza


----------------------------------


Hati yang perit serah-serahi, 

Buat luahan jantung karangan; 

Sayangkan murid marah-marahi, 

Muka kasihan ditunjuk jangan.


Longan, ciku, kuih bahulu, 

Asam jawa, buah pulasan; 

Jangan cikgu memilih bulu, 

Biar semua dapat balasan.


Cucur badak di kedai nenek, 

Murahnya harga dapat berjimat; 

Ajar budak akhlak yang baik, 

Dunia dibangga, akhirat selamat


Makanlah sagu desa Kerinchi, 

Menyabit di hutan Kampung Kepayang; 

Bukanlah cikgu berasa benci, 

Cubit dan rotan penghubung sayang.


Pulang pemburu dengan riangnya, 

Dapat menghambat si anak rusa; 

Berjuang guru dengan ilmunya, 

Menobat martabat si anak bangsa.


Buat sempadan darinya parit, 

Guna menghadang orang seludup; 

Guru teladan kepada murid, 

Diikut dipandang di dalam hidup.


Makcik Siti menenun gebar, 

Untuk si adik lena berangan; 

Cikgu mesti banyak bersabar, 

Tugas mendidik bukannya ringan.


Pinjamlah nyiru rumah Pak Alang, 

Untuk mengisi si buah pala; 

Jasanya guru bukan kepalang, 

Mengajar mengenal ilmu segala.


Berjalan kaki ke Pekan Sialang, 

Ingin membeli cincin suasa; 

Doktor, hakim, pemimpin terbilang, 

Bermulanya dari guru biasa.


Tasik Aru airnya tenang, 

Tempat melihat si burung undan; 

Jasa guru tetap dikenang, 

Selagi hayat dikandung badan.


Ayu semarak di sisi bonda, 

Kekal berseri jambangan gelora; 

Guru pencorak generasi muda, 

Bakal mengisi kepimpinan negara.


Jiwa derita batin merana, 

Kenangan silam tiada ceria; 

Guru pelita penerang buana, 

Menyuluh kelam dengan cahaya.


Credit : piewchun


---------------------------------


Tutup gua merpati terharu, 

Gegar rapat batu di naik; 

Hidup di dunia mesti berguru, 

Agar dapat ilmu yang baik.


Garu banyak perkara garu, 

Nanti terluka terasa pedih; 

Guru banyak perkara guru, 

Berhati-hati ketika memilih.


Halau piru pulang ke sangkar, 

Mati singa bersengkang sendi; 

Kalau guru kepalang mengajar, 

Seperti bunga kembang tak jadi.


Hendakku balut daunnya mengkudu, 

Terkena jari sedu teresak; 

Tidak ku tuntut ilmunya guru, 

Kalau diri setengah masak


Ibu melalut lagu gurindam, 

Kenangan hiba rawan terharu; 

Ilmu dituntut baru semalam, 

Jangan dicuba melawan guru.


Kalau bertemu janganlah lama, 

Rasa terharu bertemu lagi; 

Kalau ilmu kudapat sama, 

Usaha guru kusanjung tinggi.


Asah beliung melepuh tangan, 

Ubat disapu biru di tapak; 

Sudah ku harung tujuh lautan, 

Baru bertemu guru yang bijak.


Sudah ku lipat baju berpetak, 

Eloklah sapu minyak di kain; 

Kalau dah dapat guru yang bijak, 

Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin.


Cuaca redup nampak kelabu, 

Rembang suasana tiada terang; 

Jika hidup tidak berilmu, 

Memang hina dipandang orang.


Menjala sepat di tali arus, 

Bertemu duri tali terikat; 

Bila mendapat guru yang bagus, 

Ilmu diikuti menjadi berkat.


Paku berkarat terkena mata, 

Berhari saya merasa kelam; 

Guru ibarat tiang pelita, 

Memberi cahaya setiap malam.


Pekan Rabu belumkan sampai, 

Nangka cempedak dibawanya bekal; 

Pesan guru jangan diabai, 

Jika hendak ilmunya kekal.


Rusa diburu ada sebelas, 

Tutup jerat menghadang titi;

 Jasa guru tak minta dibalas, 

Cukup setakat mengenang bakti.


Delima putih ada di bucu, 

Buah nangka jatuh merata; 

Terima kasih kepada guru, 

Tiada mereka siapalah kita.


Buru tupai terkena tempua, 

Kenari terjerat di tepi pagar; 

Guru bagai ibubapa kedua, 

Memberi nasihat mendidik pelajar.


Gelas biru sudahlah pecah, 

Adik merasa jejari ngilu; 

Tugas guru bukanlah mudah, 

Mendidik bangsa memberi ilmu.


Lembu Pak Lah dapat percuma, 

Asyik gembala menunggu masa; 

Ibu adalah di tempat pertama, 

Mendidik membela sehingga dewasa.


Kendi biru terbelah sudah, 

Takkan cuba diletak alu; 

Menjadi guru bukanlah mudah, 

Impian hamba sejak dahulu.


Credit : mamasentimental


---------------------------------


Dipetang hari membeli sagu 

Sagu di beli bersama Baulu 

Selamat Hari guru buat cikgu 

Semoga cikgu riang selalu


Setinggi gunung seluas lautan 

Dirimu ku sanjung penuh keikhlasan 

Baktimu guru jadi ingatan 

Mendidik kami tanpa balasan.


Kaulah pendidik perwira bangsa 

Mendidik tanpa mengira masa 

Segala budi dan curahan jasa 

Tak akan dilupa terpahat sentiasa.


Credit : kenangansilam


----------------------------------------


Previous Post Next Post