Melaka: Guru yang enggan mengambil vaksin kekal tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka walaupun sekolah dibuka sepenuhnya.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, seramai 2,000 guru di seluruh negara direkodkan setakat ini masih enggan mengambil suntikan vaksin berbanding 2,500 guru setakat 5 Oktober lalu.
Menurutnya, walaupun jumlah itu kecil berbanding lebih 415,000 guru namun kesan ekosistem dan operasi sekolah cukup besar.
"Sebagai contoh untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK), anak-anak istimewa ini mereka perlu berada rapat dengan guru-guru.
"Begitu juga kita ada keadaan di mana guru pra sekolah, pembantu murid pra sekolah yang tak nak divaksinkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan persiapan pembukaan sekolah di Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Haji Abd Malek, hari ini.
Menurutnya, Jabatan Perkhidmatam Awam (JPA) sudah mengeluarkan kenyataan semua penjawat awam perlu mengambil vaksinasi sebelum 1 November.
"Sehubungan itu, guru-guru berkenaan perlu mengambil berat kenyataan JPA itu. Apapun kami tidak akan berkrompromi dengan perkara berkenaan.
"Jika perlu membawa keluar guru terbabit atau memindahkan mereka, ia akan dilakukan. Kita bukan mengugut tetapi perlu dilakukan kerana penting untuk operasi sekolah," katanya.
Radzi berkata, dia berpuas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) di semua sekolah yang dilawati dengan persediaan rapi sudah dilakukan.
Namun aspek pengudaraan yang baik dan optimum menjadi penilaian terbaharu pihaknya